Bagaimana sistem perbankan masuk dalam dunia Islam selepas kejatuhan Khilafah Othmaniah

>> Friday, September 11, 2009


Syeikh Rashid Reda (1865-1935)




Syeikh Muhammad Abduh ( 1849-1905)



Jamaluddin Al Afghani / Al Irani (1838-97)



Mukadimmah


Kesan dari peristiwa tragik dari kejatuhan khilafah Othmaniah ialah dunia Islam yang berpecah kepada negara-negara kecil dengan setiap darinya memiliki bendera, perlembagaan dan sebuah bank pusatnya yang tersendiri. Pembukaan bank disetiap tanah umat Islam adalah satu peringatan tentang perisytiharan perang Allah s.w.t keatas lintah darat pengamal riba. Dalam keadaan ini satu "reformasi" Islam telah berjaya diketengahkan bagi mengekalkan status quo ini untuk hampir selama seratus tahun.

Setiap orang Islam mengetahui bahawa riba itu dilarang. Jadi , seperti yang berlaku kepada reformasi Kristian , sesetengah ahli reformasi Islam ini dengan bantuan dari barat telah merubah takrif riba. Mereka meninggalkan mazhab - mazhab tradisional dalam perundangan/feqah, mereka mencipta suatu benda baru yang tidak masuk akal: Mereka menghalalkan perbankan dan melabelkannya dengan “ bank Islam “. Akibatnya, walau pun ketika mengkritik kapitalisme, pada masa yang sama mereka menyelimutnya dengan Islam. Semua hukum – hakam dan fatwa - fatwa baru dan kaedah-kaedah "reformasi" ini adalah bercanggah dengan syariat Islam. Mereka telah membuat apa yang barat tidak berani lakukan: iaitu mengubah shariat Islam supaya sistem perbankan dapat diterima. Reformasi ini lebih banyak didorongi oleh Gerakan Freemason daripada Islam: Sheikh Rashid Reda, mendapat inspirasi dari Sheikh Muhammad Abduh yang berguru dengan Jamaluddin Al Afghani , membentuk reformis Islam yang baru , dari rangkaian dan pemikiran merekalah, sistem perbankan masuk ke dalam dunia Islam. Artikel ini cuba melihat sejarah apa yang terjadi di timur tengah khususnya di Mesir dan Arab Saudi sebagai lambang Intelektual Islam di dunia Arab.

Sultan Abdul Hamid , Khalifah Uthmaniyyah terakhir ada mencatat di dalam Catatan Harian Baginda rahmatuLlah alaih yang dibukukan dengan nama Mudzakkiratu as-Sulthan ‘Abdul Hamid oleh Dr Muhammad Harb berhubung Jamalud-Din Al-Afghani .
'
Kata Baginda rahmatuLlah alaih, "Telah sampai kepadaku sebuah tulisan yang dipersiapkan oleh Kementerian Luar Negeri Inggeris tentang seorang pelawak yang bernama Jamaluddin Al-Afghani. Inggeris menyatakan bahawa orang tersebut bersama dengan Blunt (Wilfred Blunt) telah membuat pernyataan pakatan untuk menjauhkan khilafah dari Bangsa Turki. Dia juga mengusulkan kepada Inggeris untuk segera mengumumkan Gabenur Makkah, Syarif Husain , sebagai Khalifah baru bagi kaum Muslimin. Aku sendiri sangat mengenali Jamaluddin Al-Afghani ini. Dia tinggal di Mesir dan dia seorang manusia yang berbahaya. Satu saat dia mengusulkan kepadaku dengan menamakan dirinya al-Mahdiyah (berdasarkan faham Syi'ah bahawa dia Imam Mahdi) dan bahawa dia akan mengerakkan seluruh kaum Muslimin Asia Tengah. Aku tahu bahawa dia tidak akan mampu melakukannya. Dia adalah kakitangan Inggeris, dan sudah pastilah Inggeris telah mempersiapkan orang tersebut sebagai sumber perisikan informasinya. Aku menolak usulnya dan dia berpakat dengan Blunt kemudiannya".
'
Sekian Baginda As-Sulthan Abdul Hamid rahmatuLlah alaih.

Mesir

Selama hampir 400 tahun, Mesir adalah sebuah daerah dari Empayar Othmaniah. Mohammed Ali Pasha adalah bekas pegawai tentera, Empayar Othmaniah . Beliau menjadi Gabenur Mesir di awal abad ke-19, (1805-1848) dan satu dinasti Kesultanan diteruskan sehingga raja terakhir iaitu Raja Farouk pada tahun 1956.

Dalam usaha-usahanya untuk memodenkan negara, Mohammed Ali Pasha telah menjemput rakyat asing untuk membawa Mesir kepada pembaharuan dan pembangunan. Perasmian Suez Canal pada tahun1869 membawa kepada bertambahnya kemasukan ramai warga asing, terutamanya orang Yahudi yang hidup di kawasan lain dari Empayar Othmaniah, terutamanya dari wilayah Turki dan Syria. Pada akhir dari abad yang ke-19, terdapat sejumlah besar keluarga-keluarga Yahudi yang kaya raya, satu fenomena yang tidak wujud di negara-negara Timur Tengah lain. Yang paling awal dikenali, adalah Keluarga Cattauis yang dipercayai telah datang dari Belanda. Mereka adalah orang Yahudi pertama yang meninggalkan Haret el Yahoud (Suku Yahudi) untuk hidup di Shubra, Mesir, yang pada masa itu adalah kota baru di pinggir Kaherah. Kawasan lain di mana orang Yahudi membina penempatan dan berpindah termasuk di Maadi, Zamalek, Heliopolis dan Garden City, Roda, Giza, dan sebagainya.

Keluarga-keluarga ini berfungsi sebagai "Sarafim", pengurup wang, penguji duit syiling, dan pemungut-pemungut cukai. Peralihan kepada sistem perbankan moden membawa mereka berjaya mencapai jawatan-jawatan tinggi dalam Kerajaan Mesir. Orang Yahudi menjadi tulang belakang ekonomi orang Mesir melalui National Bank of Egypt, Credit Foncier Mesir, Misr Bank, dan keluarga Mosseris menubuhkan bank mereka sendiri, JN MOSSERI et Compagnie. Bank-bank ini terlibat dalam perdagangan antarabangsa, pembangunan tanah, kilang - kilang industri, infrastruktur, dan sebagainya.

Sejarah Mesir moden bermula sejak 1882 ketika Mesir berada dalam pengaruh British, satu situasi yang membawa kepada konflik kepentingan dengan kedudukan Mesir sebagai sebahagian daripada wilayah Khilafah Othmaniah.

Tujuan pencerobohan British ialah bagi memulihkan kestabilan politik di Mesir dibawah kerajaan Khedive Tawfiq dan membuat kawalan antarabangsa yang keatas pembiayaan kewangan kerajaan Mesir semenjak 1876. Lord Cromer, Ketua Wakil Britain di Mesir pada masa itu, melihat reformasi-reformasi kewangan Mesir sebagai sebahagian daripada satu objektif jangka panjang. Cromer mengambil pandangan kestabilan politik itu untuk kestabilan kewangan, dan memulakan satu program pelaburan tempoh lama di Mesir melalui sumber produktif, paling penting dalam ekonomi kapas, yang menjadi tulang belakang negara itu.

Ada dua pemimpin Islam yang sangat penting di Mesir, ketika itu, Jamal al-Din al-Afghani dan Mohammed Abduh, dikenali sebagai ahli Freemasons. Al-Afghani adalah seorang aktivis di Iran dan Russia sebelum muncul di Mesir. Dia adalah dianggap "pengasas pergerakan pan-Islamik ," dan pergerakannya adalah dikenali sebagai pergerakan Salafiyya. Dia menentang imperialisme British tetapi pada masa yang sama dia menyokong pemodenan untuk dunia Islam dan sangat kagum dengan sistem barat. Sebelum dibuang negeri dari Mesir dia menjadi satu tokoh penting di Universiti Al-Azhar di Kaherah dan pengikut paling pentingnya adalah Mohammed Abduh.

Selepas al-Afghani telah disingkirkan dari Mesir pada 1879, Mohammed Abduh meneruskan mesej pembawa pembaharuannya. Untuk ini Abduh telah disingkirkan pada 1882. Semasa buangannya dia berjumpa dengan al-Afghani di Paris di mana mereka bekerjasama untuk menerbit sebuah jurnal Islam dan di mana mereka berhubungan dengan Masonic Brotherhood. Empat tahun kemudian British membuat satu perubahan besar dalam polisi mereka dan membenarkan Abduh untuk kembali. Dia menjadi seorang guru di Universiti Al-Azhar di mana dia membuat tumpuan membentuk semula institusi Islam berkedudukan tinggi itu sesuai dengan cita – cita permodenannya.. Pada masa yang sama dia cepat-cepat naik untuk menjadi seorang hakim di Mahkamah Kebangsaan.


Masjid Al Azhar , Kaherah , Mesir.

Memang terdapat satu motif terselindung untuk perbuatan Cromer membenarkan Abduh pulang ke Mesir. Anda boleh melihat, pada tahun 1898 majlis ulamak Universiti Al-Azhar telah mengesahkan bahawa perbankan adalah haram dan riba menurut shariat Islam. Ini tidak boleh diterima kepada Lord Cromer kerana beliau datang dari keluarga perbankan Evelyn Baring - salah satu anggota penting keluarga perbankan Yahudi di Britain.

Beliau perlu mencari seseorang yang boleh membenarkan perbankan dalam dunia Islam. Lord Cromer melantik kawannya Abduh untuk mengubah undang-undang shariah bagi menghalalkan fatwa Al Azhar sebelumnya. Dia dilantik menjadi Mufti besar Al Azhar oleh Cromer. Setahun selepas itu ,1899. Abduh menggunakan satu penafsiran Al Quran yang amat liberal dan kreatif untuk merobek satu lubang yang membenarkan amalan perbankan riba. Maka British melalui bank-banknya kemudian bebas untuk menguasai ekonomi Mesir. Dalam tulisan-tulisannya Lord Cromer berkata, "Saya mengesyaki Abduh kawan saya, realitinya seorang agnostik," dan beliau mengulas pergerakan Salafiyya Abduh dengan mengatakan, "Mereka adalah sekutu-sekutu semulajadi bagi gerakan reformasi Eropah." Cromer mengerti bahawa pergerakan Islam ini telah memberi kelebihan kepada Britain.

Pada tahun yang sama Fatwa mengharamkan bank dikeluarkan Al Azhar , tahun 1898 ,National Bank of Egypt (NBE) ditubuhkan dengan penguasaan Sir Earnest Cassel (50% pemilikan), Ralph Isaac Suarez, abang-abangnya Joseph dan Felix dan pihak berkaitan (25%) dan Constantine Salvagos Alexandria (25%) walaupun Cassel kekal di England. NBE menubuhkan sebuah pejabat di London.

Duit syiling emas kekal sebagai alat pertukaran sehinggalah tahun 1898, apabila National Bank of Egypt ditubuhkan dan telah diberikan hak dan kebenaran selama 50 tahun, oleh kerajaan, keistimewaan untuk mengeluarkan wang kertas Mesir, boleh ditukar dengan emas, promissory note. National Bank of Egypt mula mengeluarkan wang kertas buat kali pertama pada 3 April 1899.



Maka mata wang yang beredar di Mesir mengandungi pound Sterling emas dan banknote wang kertas Mesir yang boleh ditukar dengan emas. Keadaan ini berterusan sehingga 2/8/1914 semasa satu Decree khas telah dikeluarkan , mata wang kertas Mesir sah diperlakukan melalui legal tender dan tidak boleh lagi ditukar dengan emas. Oleh itu, wang kertas pound Mesir menjadi wang fiat semata – mata. Maka, duit syiling emas tidak lagi digunakan dalam edaran.

Ketika itulah persoalan wang kertas pengganti emas (promissory note) diketengahkan kepada Shaykh Muhammad 'Illish (1802-1881), seorang Syaikh kepada pengajian fikah Maliki di Universiti Al-Azhar dimana dia telah menyebut di dalam fatwa beliau bahawa wang kertas tidak dizakatkan sebagaimana wang emas dan wang perak kerana ia dianggap sebagai fulus (wang syiling tembaga) atau loose change. Ia hanya mewakili wang dan tiada nilai barangan. (Lihat fatwa beliau dalam terjemahan Al-Fath Al-'Ali Al- Maliki ms 164-165).

Tetapi wang sekarang lebih teruk kerana tidak mewakili apa - apa kecuali hutang semata - mata.

Fatwa Abduh - Pintu Perbankan dibuka

" Riba sememangnya tidak halal dalam semua hal; manakala Pejabat Pos melabur wang yang diambil daripada orang ramai melalui deposit, sedangkan wang itu tidak dikira sebagai pinjaman kepada pihak Pos. Ia boleh jadi sebagai wang pelaburan seumpama syarat - syarat bagi suatu perkongsian dalam qirad "
("Al-Manar", vol. VI, bahagian 18, pag. 717)

Pintu untuk menggunakan bank dan wang kertas perbankan mereka oleh itu telah dibuka. Asas kepada "Islamic Bank" terbina dengan menggambarkan interest/faedah itu dapat dipertimbangkan seolah-olah ianya adalah sebahagian dari perkongsian dalam qirad.

Anak murid Abduh,Muhammad Rashid Reda penyambung pemikiran mentornya adalah pengasas majalah "Al-Manar" diedarkan di seluruh dunia Islam. Dia menyertai rangkaian Lord Cromer dan 'Abduh. Dia menentang kedudukan tradisional Madhhab untuk menggunakan pendapat-pendapat sendirinya. Dia menentang tasawwuf tradisional. Pendapat-pendapatnya dapat dilihat dengan jelas terdedah dalam penulisannya:

"Tiada apa-apa dalam agama kita yang adalah tidak sesuai dengan tamadun semasa, terutama aspek-aspek itu dianggap sebagai berguna oleh semua negara bertamadun, kecuali mengenai beberapa persoalan mengenai riba dan Saya bersedia untuk membenarkan [daripada sudut pandangan Shari'a] semuanya dimana pengalaman orang-orang Eropah sebelum kita akan diperlukan untuk kemajuan negeri dalam bagi menyatakan Islam sebenar (maju sebagaimana Eropah). Tetapi saya tidak akan membataskan diri saya dengan mazhab - mazhab, tetapi hanya dengan Al Qur'an dan Hadith yang sahih " ("Al-Manar", vol. XII, p.239)

"Kecuali mengenai beberapa persoalan mengenai riba" Apa yang dia maksudkan dengan " beberapa persoalan mengenai riba " sebagai contohnya yang dia melihat tidak ada kesalahan dalam mengambil insuran nyawa ("Al-Manar", vol. XXVII, pag. 346, serta vol.VII, pags. 384-8, dan vol. VIII, pag. 588). Dia juga memperkecil-kecilkan ahli fiqh yang menggunakan Qiyas untuk memperluaskan larangan riba itu dalam mengambil interest/faedah ke atas modal dan memberikan pendapatnya bahawa interest atau faedah daripada wang deposit di bank atau Pejabat Pos tidak termasuk riba yang dilarang. ("Al-Manar", vol. VII, pag. 28).

Rashid Reda memberi pengkelasan ( takrif ) baru tentang riba, beliau membezakan apa yang beliau bahagikan sebagai ‘riba dalam Al Qur’an’ dan ‘riba dalam Sunnah’. Reda mempertahankan asas riba adalah dalam Al Quran dan diharamkan sampai bila – bila sementara text sunnah melarang bentuk riba yang lebih ringan dan mengikut pendapatnya juga dilarang tetapi dibolehkan jika berlaku keperluan (Darurah ).

Dia mengatakan riba yang dilarang didalam Al Quran sebagai ‘ riba al jahilliyah’ ( jika seseorang tidak membayar mengikut masa yang ditetapkan , penjual akan menaikkan harga ) kesilapannya mengatakan ini riba al – nasiah. Dia juga melakukan kesalahan dengan mengatakan riba al – nasiah ( silap bertukar maksud ) hanya menjadi haram jika melibatkan denda berbunga ( compound interest ) jadi bunga/interest biasa (simple interest ) tidak termasuk riba al – nasiah dan dibolehkan. Dia membuat kesimpulan bahawa interest/bunga biasa yang dikenakan atau yang dibayar oleh Bank tidak dilarang mengikut Al Quran dan sunnah.

Larangan dari Sunnah mengikutnya, merujuk kepada pertukaran tertentu. Seperti dua orang yang menukar emas antara satu sama lain, jumlah emas mesti seimbang dan ditukar pada masa itu juga. Pada pendapatnya, tidak seperti riba al jahiliyah , cara ini tidak diketahui orang Arab kerana sukar untuk difahami mengapa harus ada dua orang yang melakukan pertukaran yang melibatkan kuantiti yang sama serentak pulak. Jadi riba al fadl dilihat sebagai amalan yang ditinggalkan didalam perdagagan dimana pertukaran emas yang sama dilakukan sudah tidak diamalkan lagi.
Hadis yang terkenal yang menyebut tentang “ tangan dengan tangan “ dan “seimbang “ merujuk pada riba, tidak difahami oleh golongan modenis.

Mereka tidak faham relevannya dan bentuk yang disebut. Emas dengan emas, seimbang dan tangan dengan tangan merujuk kepada perseimbangan dalam traksaksi. Satu aspek merujuk kepada keseimbangan dalam kuantiti jika berlaku ketidakseimbangan menjadi riba al-fadl dan satu lagi merujuk kepada kesegeraan (tanpa penangguhan) dan jika berlaku penangguhan dirujuk sebagai riba al – nasiah. Ini akan menghalang keadaan dimana emas yang tidak ada (dayn) ditukar dengan emas yang ada (ayn) . Ini sangat relevan kerana cara beginilah orang Islam ditipu dengan emas mereka dengan cara menukar dengan kertas janji palsu emas ( bentuk asal wang kertas ). Seterusnya untuk menjadikan wang kertas halal, ulamak – ulamak modenis mengabaikan maksud dan relevannya hadis tersebut.

Hadis itu merujuk kepada pertukaran dinar dan dirham khususnya pada cetakan berlainan , ia melarang sama sekali kewujudan nota/resit sebagai janji pembayaran. Dua bentuk ini sangat relevan dan penting kepada kita :

Kesimpulannya, pandangan Reda adalah seperti berikut :
A] Riba al-nasiah hanyalah riba al-jahiliyya dan hanya denda berbunga/coumpand interest dilarang dengannya.
B] Riba al-fadl hanya melibatkan pertukaran, hanya peringkat kedua dan boleh diterima sekiranya berlakunya keperluan ( darurah ).

Pengikut Reda pada asasnya mengambil pendekatan yang sama dalam mengklasifikasikan riba tetapi berbeza sedikit dalam isu denda berbunga/coumpand interest. Mereka bersetuju bahawa interest biasa/simple interest juga adalah haram tetapi prinsip darurah boleh diguna pakai dan mereka melihat riba al – fadl sebagai masalah kedua melibat hanya pada perdagagan ( bukan mata wang ).

Sebenarnya kedua – dua riba al – nasiah dan riba al – fadl dilarang dalam Al Quran, malah riba dalam Al Quran dan Sunnah adalah sama . Sunnah adalah amalan hidup sebagai penafsiran dari Al Quran.

Riba yang dikenali sebagai riba al Jahiliyah mengandungi kedua – duanya riba al-nasiah dan riba al-fadl. Dalam transaksi ini, pembayaran ditangguh ( nasiah ) ditukar dengan penambahan (fadl), tetapi riba al – nasiah melibatkan lebih dari hanya riba al – jahilliyah.

I
mplikasi dari kedudukan ulamak modenis.

Dengan mengabaikan makna sebenar riba al nasiah , mereka mengelak daripada menyentuh tentang isu mata wang kertas.
Memahami riba al-nasiah adalah asas kapada pemahaman tentang kedudukan kita keatas duit kertas. Sebab ulamak modenis mengambil sikap yang memutarbelitkan makna riba secara jelasnya ialah untuk menghalalkan suatu yang tak terfikir : perbankan. Inilah justifikasi kepada apa yang dipanggil Perbankan Islam. Konsep darurah bersama penyingkiran riba al-nasiah memberi mereka alasan untuk membenarkan penggunaan duit kertas dan seterusnya menggunakan kaedah fractional reserve banking (pembahagian simpanan Bank ) yang menjadi asas kepada perbankan moden hari ini.

Ulamak Muasirah - semasa

Majoriti ulamak - ulamak moden di dunia termasuk di Malaysia datang dari aliran pemikiran Jamaluddin Al Afghani, Abduh dan Rashid Reda. Mereka benci kepada imperialis barat tapi pada masa yang sama amat mengkagumi sistem barat. Tanzim mereka dalam gerakan mengikut sistem organisasi barat, begitu juga dengan ekonomi atau iqtisod , mereka mencari jalan dalam agama untuk menghalalkan sistem yang ada. Konsep " Islamic State ", dengan konstitusi dan parlimen demokrasi datang dari mereka. Mereka tidak kenal, sistem Amirah dan shura dalam Islam. Mereka menghalalkan penggunaan wang kertas, tidak kenal dinar dan dirham, mereka menghalalkan perbankan, dengan bank Islam mereka. Mereka tidak kenal institusi wakala, mereka menghalalkan bon dengan " sukuk ". Mereka menghalalkan insuran dengan takaful. Mereka menghalalkan interest pada pinjaman dengan istilah "keuntungan " bank dengan menukar pinjaman dengan aqad 2 jual beli dalam 1 jual beli bersyarat yang dilarang Islam. Dan bermacam - macam lagi pendekatan moden yang memperkayakan lagi sistem kapitalis.

Syaikh Dr. Yusof Al Qaradhawi, rujukan utama golongan ini menulis dalam bukunya " Keutamaan Pergerakan Islam dalam fasa mendatang " :
" Kalau kita melihat sejarah lalu, antara yang membawa panji - panji tradisional moden ialah al a'lamah Rashid Reda melalui majalah al manar yang sangat terkenal di dunia Islam. Imam Rashid Reda adalah mujadid di zamannya. Sesiapa sahaja yang membaca tulisannya ..... akan melihatnya sebagai benar - benar al manar yakni yang memberi cahaya. Imam Reda adalah punca dari idea dimana Hassan Al banna menyebut ' Kita patut saling bantu membantu dalam pekara yang dipersetujui dan mencari alasan masing - masing dalam pekara yang tak dipersetujui. "

Tidak hairanlah mereka melihat isu wang kertas sebagai suatu isu moden dan praktikal. Hujjah mereka hanyalah atas dasar pragmatisme bukan dalil Al Quran dan Sunnah. Beliau menulis dalam Fiqh az Zakat tentang wang kertas " Kerajaan pada mulanya mengeluarkan wang kertas atas sebahagian rizab emas atau perak. Atas keperluan semasa dan penerimaan wang kertas secara berleluasa maka kerajaan berpindah dari rizab emas ke penggunaan bank pusat sebagai pengeluar wang kertas. Maka kita telah masuk ke fasa dimana wang kertas tidak boleh ditukar lagi dan menjadi kemestian (legal tender) mengikut sempadan negara masing - masing ".

Ini hujjah pelajar kita yang belajar di Jordan untuk menghalalkan wang kertas.

1. Seluruh dunia mengiktiraf penggunaan wang kertas, mereka tidak lagi bermuamalat dengan emas dan perak ( uruf am ).
2. Sekiranya tidak mengiktiraf sebagai wang sebenar,maka banyak hukum Islam akan terbatal seperti tiada riba dan zakat.
3. Tiada nas yang mengatakan wang mestilah daripada emas dan perak, zaman rasullullah menggunakan emas dan perak kerana islam diturunkan ketika masyarakat bermuamalat dengan kedua-dua jenis matawang tersebut dan islam mengiktirafnya bukan mewajibkannya.

Ini adalah hujjah pragmatisme, bukannya urf (situasi semasa) yang harus diubah untuk ikut Islam tetapi Islam pulak yang harus diubah untuk mengikut urf (situasi semasa).

Maka lahirlah Fatwa ini oleh Syaikh Dr Yusof Al Qardawi :

" WANG KERTAS TELAH MENJADI WANG YANG DIGUNAKAN SELURUH DUNIA. BAGAIMANAKAH INGIN MEMBATALKAN HUKUM RIBA PADANYA SEDANGKAN SEMUA MANUSIA BERMUAMALAT DENGANNYA TIDAK LAGI DENGAN EMAS DAN PERAK ? SESIAPA YANG MEMILIKINYA DIANGGAP KAYA WALAUPUN TIDAK MEMPUNYAI SIMPANAN EMAS DAN PERAK. DENGAN WANG INI, LELAKI MENJADIKAN MAHAR, DIGUNA DALAM JUAL BELI, SEWA DAN MEMBAYAR DIAT. SEMUA MUAMALAT MELALUI WANG KERTAS SUDAH MENCAPAI TAHAP EMAS DAN PERAK "

Apa pula yang terjadi di Arab Saudi ?

Pada tahun 1924, Parlimen Turki melalui Kamal Artarturk telah mengistiharkan bahawa Khilafiah Othmaniah sudah berakhir dan mengistiharkan penubuhan Republik Turki. Undang - undang shariah pada masa yang sama digantikan dengan undang - undang sekular.

Empat hari selepas pengistiharan tersebut, Sharif Hussain yang menjadi penjaga haramain wilayah Othmaniah selama ini mengistiharkan dirinya sebagai Khalifah.

Pada 13 Oktober dan 5 Disember tahun yang sama Abdul Aziz bin Saud telah menawan Kota Mekah dan Madinah. Jeddah di awal tahun 1925. Pada tahun 1925 juga, di bulan Desember, Ibn Sa`ud menyatakan diri sebagai Raja Hijaz, dan pada awal Januari 1926 ia menjadi Raja Hijaz dan Sultan Najd dan daerah-daerah bawahannya. Untuk pertama kali , empat wilayah penting di Jazirah Arabia, yaitu Najd, Hijaz, `Asir, dan Hasa, kembali berada di tangan kekuasaan suku Saud. Pada tahun 1932, Ibn Saud telah berhasil menyatukan apa yang sekarang dikenal sebagai Kerajaan Saudi Arabia.

Sebuah bank asing ditubuhkan di Jiddah pada tahun1926, tetapi kepentingannya sangat kecil. Bank-bank asing dan tempatan telah terbentuk apabilai pendapatan minyak mula meningkat. Perniagaan mereka mengandungi kebanyakannya membuat memberi pinjaman jangka pendek, membiayai import, dagangan perdagangan, dan syarikat-syarikat yang memenuhi keperluan jemaah-jemaah haji.

Kerajaan Saudi ketika itu mengeluarkan riyal perak pada tahun 1927 bagi membuat piawaian keatas unit-unit kewangan. Pada tahun 1950, oleh kerana peningkatan mendadak dalam perbelanjaan kerajaan, perbelanjaan syarikat minyak asing, maka peraturan baru diwujudkan bagi mengawasi institusi perbankan swasta dan dasar-dasarnya. Dengan bantuan teknikal Amerika Syarikat pada tahun 1952 Arab Saudi Monetary Agency (SAMA) ditubuhkan.

Lahirlah wang kertas Saudi :



Wang kertas yang dikeluarkan pada tahun1952 ini bermodelkan US dollar. Lihat apa yang ditulis dibawah ... THE SAUDI ARABIAN MONETARY AGENCY HOLDS IN ITS VAULT TEN RIYAL AT THE DISPOSAL OF THE BEARER OF THIS FULLY NEGIOTABLE RECIEPT ....

Lahirlah Fatwa : "Berkenaan hukum wang kertas fiat : Ia adalah matawang pada hukumnya disebabkan padanya terdapat sifat nilai harga yang lengkap, dan oleh itu semua hukum hakam yang ada pada emas dan perak adalah jatuh kepada wang kertas fiat seperti hukum berkaitan riba, kewajiban zakat, jual beli secara salam, dan seluruh hukum emas dan perak. (qararat wa tawsiat, Majma Al-Fiqh Al-Islami, hlm 40)

Made in Saudi Arabia

Wallahu 'alam

Kesimpulan :

Oleh kerana majoriti pengikut Afghani,Abduh dan Reda menguasai jawatan - jawatan penting termasuk fakulti - fakulti pengajian Islam di Universiti - Universiti dan fakulti - fakulti muamalat maka suara mereka-lah yang didengari.

Lihat pada jawapan yang diberikan seorang Ustaz ,Pakar Muamalat ( tak perlu disebut namanya ) yang sangat masyhur di Malaysia yang anda semua sedia maklum ketika ditanya :

ADAKAH BENAR RIBA HANYA TERDAPAT DALAM SISTEM PERBANKAN KONVESIONAL SAHAJA? BAGAIMANA PULA DENGAN SISTEM PERBANKAN ISLAM? APAKAH IA JUGA TURUT TERPENGARUH DENGAN UNSUR-UNSUR RIBA?

Jawapannya: " Setakat yang diketahui dengan jelas, Riba sememangnya diamalkan secara berleluasa dalam perbankan konvensional, pinjaman along dan juga dalam semua institusi kewangan yang tidak mempunyai majlis penasihat Shariah.

Adapun Bank-bank Islam, setakat ini mereka telah mengubah semua kontrak atau aqad yang digunakan agar riba dapat dijauhi. Majlis penasihat Shariah di bank-bank ini berfungsi besar bagi memastikan tanda ‘halal' yang ada pada bank islam itu, benar atau tidak. Justeru, kesimpulan ringkas yang mampu saya buat adalah, tiada Riba di perbankan Islam.

Fakta terpenting yang perlu di fahami oleh orang ramai adalah, sistem perbankan Islam telah merubah perspektif hubungan antara pengguna atau penyimpan dengan bank. Hubungan di antara pelanggan dan Bank menurut Bank konvensional adalah atas kontrak pinjaman wang dengan bayaran faedah(interest) dikenakan atas jumlah pokok, ia mestilah di bayar oleh peminjam kepada Bank.

Manakala Bank-bank Islam telah menukar habis hubungan tidak sihat itu kepada kepada samada hubungan perkongsian (Musyarakah atau Mudarabah), atau penjual (Bank) dan pembeli (pelanggan). Unsur komitmen yang lahir atas hubungan ini pastinya akan merangsang dan memberi kesan prestasi yang memberangsang terhadap output perniagaan bank Islam dan ekonomi masyarakat.
"

Hujah in sama dengan hujah Abduh !


Maka tidak hairanlah FOREX dibolehkan. Zakat fitrah melalui internet dan sms ..... kita akan lihat mereka semakin tenggelam dalam penggunaan wang kertas dan menuju wang elektronik ...
akhirnya wang akan menjadi signal elektronik dari satu komputer ke satu komputer yang lain tanpa sandaran apa -apa. Bukankah lebih murah mencipta wang dari komputer dari mencetak wang kertas. Alasan mereka , urf , situasi semasa untuk kemudahan.

Bankers Yahudi Antarabangsa sedang merancang untuk menubuhkan Bank Pusat Dunia , setelah mereka berjaya menjadikan dollar sebagai rizab antarabangsa selama ini, negara - negara di dunia diikat dengan dollar Amerika , wang kertas mereka hanya laku di negara mereka sahaja tetapi apabila kamu keluar untuk berurusan di luar negara, hanya dollar sahaja yang laku. Setiap RM, rupiah, Baht dan lain - lain mata wang kertas yang digunakan dalam sistem perbankan akan menguatkan lagi lintah darat Bankers Yahudi Antarabangsa, lihat-lah Israel, satu - satunya negara di dunia yang tidak terjejas lansung dengan krisis ekonomi , kerana ekonomi dunia adalah milik mereka. IMF tidak membenarkan mana - mana bank pusat negara menjadikan emas sebagai matawang. Mesti ada agenda tersembunyi disebaliknya.

JANGAN BIAR DIRI ANDA DIPERANGKAP SEDEMIKIAN RUPA.

Dinar pertama yang dicetak semula pada tahun 1992 oleh masyarakat Islam di Granada, Sepanyol, merupakan satu usaha untuk keluar dari kemelut perhambaan riba Bankers Yahudi Antarabangsa. Kita mahu menghidupkan semula muamalat Islam yang sebenar dengan dinar, dirham, wakala, ekonomi sebenar berdasar perniagaan sebenar (bukannya saham, bon atau sebagainya), peruncitan, produksi, pertanian dan menghidupkan semula amalan waqaf dikalangan ahli perniagaan supaya hospital - hospital , keperluan kesihatan , bandaran dibiayai oleh harta waqaf bagi menggantikan sistem insuran atau takaful yang menakut - nakutkan orang - orang muslim dengan penyakit dihari tua. Selama ini beratus - beratus tahun kebajikan dan kesihatan rakyat daulah Islamiyah dijaga oleh harta waqaf. Apabila waqaf hilang maka timbul - lah insuran dan di Islamkan pula oleh puak Afghani , Abduh dan Rashid Reda dengan takaful. Begitulah juga bon yang digunakan bank pusat untuk mencetak wang kertas tanpa sandaran, di Islamkan dengan istilah sukuk maka lahirlah sukuk Bon Merdeka dan sukuk bon Petronas dengan mata wang dollar. Semua ini berlaku secara tidak disedari disekeliling kita.

Pertemuan Syaikh Abdul Qadir As Sufi dengan Tuan Guru Nik Aziz di Jerman dan lawatan ke bumi Andalus, Granada , Sepanyol oleh Tuan Guru membuka mata Tuan Guru akan keperluan menghidupkan semula dinar dan dirham dalam muamalat. Syaikh Abdul Qadir telah menghantar anak muridnya yang paling kanan Sidi Umar Vadillo untuk membantu kerajaan Kelantan sekarang ini. Dia telah berpindah ke Kelantan dan berdakwah masuk keluar di seluruh Universiti - universiti di Malaysia ini bagi menyakinkan terutamanya pensyarah pensyarah akan keperluan mengidupkan semula dinar dan dirham. Inilah harapan kita umat Islam keatas satu - satunya pemimpin kerajaan Kelantan diatas dunia ini yang mahu kembali kepada dinar, dengan dunia Arab sunyi sepi tidak kenal matawang shariah lagi, mereka semakin tenggelam dengan wang kertas. Untuk itu bantulah menghidupkan institusi wakala agar kita tidak perlu bergantung kepada Bank lagi.

Read more...

Bank Islam atau Wang Islam?

>> Sunday, September 6, 2009



Secara amnya tujuan utama sesebuah bank ditubuhkan ialah untuk menyimpan harta supaya selamat. Keselamatan ini mestilah dari segi jaminan kuantiti dan kualiti ke atas barangan yang disimpan. Lazimnya dahulu orang ramai menyimpan barang berharga mereka pada tukang emas kerana mereka mempunyai peti besi untuk tujuan menyimpan dengan selamat. Tukang emas akan mengeluarkan resit dengan janji akan memulangkan simpanan tersebut. Menurut Mohammad Muslehuddin (1974) begitulah caranya tukang emas menjadi pelopor sistem bank moden di England.

Dahulu emas dan perak digunakan sebagai wang dan nilainya (beratnya) tidak berubah kerana sifat kimia dan fizikal logam tersebut yang stabil. Tukang emas ketika itu dapat menjamin nilai wang kerana berat emas dan perak tidak akan berubah kecualilah dikikis oleh tukang emas tersebut. Resit-resit tadi adalah juga permulaan sistem wang kertas. Tukang emas juga boleh menipu dengan mengadakan resit berlebihan dari deposit emas. Begitulah juga cara pihak bank mencetak kertas berlebihan kemudian meminjamkan kepada orang lain sambil mengenakan faedah. Mereka mencipta wang dan mendapat faedah secara percuma.

Dalam sistem perbankan sekarang resit atau wang kertas sudah diberi realiti dan dianggap sebagai wang (bukan setakat lambang) malahan dicetak tanpa bersandarkan emas ataupun perak. Itulah yang terjadi apabila Nixon memutuskan ikatan emas dengan dolar pada tahun 1971. Lambang wang sudah menjadi wang. Kualiti uang sudah tidak terjamin sebagaimana yang kita lihat dalam fenomena kejatuhan nilai wang sesetengah negara sehingga beratus-ratus peratus pada tahun 1997. Perkara asas yang perlu diketengahkan ialah bank lazim mahupun bank Islam tidak lagi dapat menjamin kualiti wang. Pihak bank mungkin boleh menjaga kuantiti kerana institusi tersebut dapat mencetak wang tanpa sandaran. Jika tidak dapat menjamin kualiti wang, ini bermakna sistem bank atas nama apapun sebenarnya sudah gagal berfungsi. Ini seolah-olah peti besi tukang emas (bank) sudah dicerobohi.

Penceroboh itu mungkin orang luar seperti spekulator matawang tetapi pihak bank juga boleh 'mengikis' nilai wang kerana pihak tersebut boleh mencetak wang dengan berlebihan. Ada yang cuba mengatakan nilai ini hilang kerana inflasi tetapi Adam Smith (1982) di dalam bukunya Paper Money mengatakan inflasi bererti cukai tersirat yang disebabkan oleh lebihan cetakan wang kertas.

Spekulator matawang dapat 'merompak' nilai wang dalam sistem bank atau sistem keuangan negara lain kerana nilai wang sudah tidak dapat dikaitkan dengan barangan yang nyata lagi. Nilai wang tidak dapat ditetapkan bahkan manusia melihat lambang wang pula sebagai barangan yang boleh dijual beli. Akhirnya nilai wang tidak dapat dikawal oleh kerajaan tetapi dikawal selia oleh hegemoni perbankan, pencetak wang dan pemain-pemain bursa saham dunia dan spekulator. Oleh itu dapatlah kita lihat betapa bank Islam belum cukup jika tiada wang Islam iaitu dinar dan dirham. Wang Islam bukan sekadar lambang tetapi pada hakikatnya memang wang tanpa perlu kepada perundangan kerajaan atau mana-mana institusi.

'Matinya Wang dan Bank'

Kurtzman (1993) apabila memerihalkan tentang 'kematian wang' dalam buku The Death of Money berkata bahawa sekarang wang bukan lagi barangan tetapi telah menjadi suatu sistem. Wang ialah rangkaian yang terdiri dari berjuta-juta komputer yang bertaut dengan saham, bond, kadar faedah, uang kertas, pasaran hadapan, options, kad kredit, kad untuk fotokopi dan sebagainya.

Perhatikan bahawa wang ini tidak lagi memerlukan peti simpanan ataupun bank kerana semua 'wang' berada di dalam cakera padat sahaja. Wang ini mudah 'meruap' dan tidak stabil. Inilah wang megabyte atau wang-E (elektronik). Wang ini hanyalah imej di skrin komputer dalam bentuk indeks termasuklah indeks Dow Jones dan BSKL, indeks matawang, indeks pasaran hadapan dan pelbagai lagi indeks pasaran abstrak. Berjuta-juta orang termasuklah pelabur dalam syarikat, ahli bank, pemegang akaun bank, pemain saham dan pengurus dana terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pergerakan indeks matawang ini. Sudah tentu pemain indeks ternama seperti George Soros dapat 'bermain' dengan selesa. Permainan turun-naik indeks matawang bukan sahaja menguntungkan para spekulator ini bahkan boleh pula menentukan jatuh bangunnya kerajaan.

Jika peti simpanan tidak diperlukan lagi untuk menyimpan wang maka bank juga tidak diperlukan lagi. Menurut Kurtzman lagi, era wang-E telah menjadikan bank sebagai institusi yang outmoded atau ketinggalan zaman. Matinya wang bermakna matilah juga sistem bank. Sistem bank hidup pada amnya di atas dasar menyewakan wang tetapi sekarang riba dalam bentuk sewa wang pun sudah tidak begitu menguntungkan. Sistem bank menjadi lapuk kerana pengurus dana seperti George Soros boleh mempermainkan sistem bank. Mereka dapat menguruskan dana dan mendapat untung tanpa perlu pelaburan yang besar. Hanya berbekalkan sebuah supercomputer sahaja sudah memadai untuk bermain dengan bermacam-macam jenis indeks dalam pelbagai pasaran abstrak. Pihak bank pula terpaksa berbelanja untuk mengadakan antaranya bangunan bank, beribu-ribu pekerja dan kenderaan sebelum boleh beroperasi dan mengira untung-ruginya.

Kita perlu pertimbangkan di sini iaitu jika sistem wang Islam tidak wujud maka sistem bank Islam tidak dapat membebaskan diri dari sistem perbankan lazim. Oleh kerana semua wang dan lambang wang yang berkaitan sudah terjalin dalam suatu sistem maka ianya tidak bebas dari spekulasi dan manipulasi. Sistem itu pula memang sistem yang ditaja oleh rejim riba. Seperti sistem bank lazim, bank Islam juga tidak akan berupaya untuk menjamin nilai atau kualiti wang sekarang. Kualiti wang akan sentiasa ditakrifkan oleh sistem riba yang berdasarkan dolar Amerika. Rejim riba akan terus bermaharajalela menakrifkan dan mempermainkan matawang orang lain. IMF; Bank Dunia; FED; bank-bank kepunyaan keluarga Rothschild, Rockefeller, Lehman dan sebagainya; bank-bank jalanan, spekulator dan pemanipulasi matawang sudah menunjukkan bahawa wang sebenarnya tidak terjamin - walaupun disimpan di dalam bank. Jika sistem perbankan Islam tidak cuba memisahkan wang dari piawaian dolar Amerika maka bagaimanakah kita boleh bebas dari rejim riba? Tanpa wang Islam yang merdeka, bank Islam juga tidak dapat bebas dari pengaruh institusi riba.

'Umar Vadillo (1998) pernah menyoal iaitu bagaimana pula ketika dunia sedang mengkritik sistem perbankan, kita dapat pula bercakap tentang islamisasi sistem tersebut? Mungkinkah pemikiran islamisasi bank timbul dari keadaan psikologi yang lemah kerana terpaksa menurut permainan orang lain sehinggakan mahu 'mengislamkan' permainan palsu mereka? Ketika sistem perbankan sudah mula kelihatan lapuk kita terpaksa menilai semula apakah sebenarnya akar umbi sistem kewangan. Bukankah wang menjadi asas sistem kewangan? Kita perlu serius memahami erti wang menurut Islam. Jika bank tidak dapat menjaga kualiti wang maka sebenarnya bank sudah tidak berfungsi lagi. Mungkin benarlah 'matinya wang' membawa kepada 'matinya bank' juga.

Silap faham golongan Perbankan Islam

Golongan pembaharuan Islam berusaha menyamakan riba dengan riba al-fadl sahaja dan mengabaikan riba al-nasiah. Dengan mengatakan riba hanyalah bunga/interest adalah sebahagaian daripada kekeliruan ini.

Kesilapan mereka bermula dari kumpulan awal tajdid baru ini, terutamanya Rashid Reda. Rashid Reda memberi pengkelasan baru tentang riba, beliau membezakan apa yang beliau bahagikan sebagai ‘riba dalam Al Qur’an’ dan ‘riba dalam Sunnah’. Reda mempertahahankan asas riba adalah dalam Al Quran dan diharamkan sampai bila – bila sementara text sunnah melarang bentuk riba yang lebih ringan dan mengikut pendapatnya juga dilarang tetapi dibolehkan jika berlaku keperluan (Darurah ).

Dia mengatakan riba yang dilarang didalam Al Quran sebagai ‘ riba al jahilliyah’ ( jika seseorang tidak membayar mengikut masa yang ditetapkan , penjual akan menaikkan harga ) kesilapannya mengatakan ini riba al – nasiah. Dia juga melakukan kesalahan dengan mengatakan riba al – nasiah ( silap bertukar maksud ) hanya menjadi haram jika melibatkan denda berbunga ( compound interest ) jadi bunga/interest biasa (simple interest ) tidak termasuk riba al – nasiah dan dibolehkan. Dia membuat kesimpulan bahawa interest/bunga biasa yang dikenakan atau yang dibayar oleh Bank tidak dilarang mengikut Al Quran dan sunnah.

Larangan dari Sunnah mengikutnya, merujuk kepada pertukaran tertentu. Seperti dua orang yang menukar emas antara satu sama lain, jumlah emas mesti seimbang dan ditukar pada masa itu juga. Pada pendapatnya, tidak seperti riba al jahiliyah , cara ini tidak diketahui orang Arab kerana sukar untuk difahami mengapa harus ada dua orang yang melakukan pertukaran yang melibatkan kuantiti yang sama serentak pulak. Jadi riba al fadl dilihat sebagai amalan yang ditinggalkan didalam perdagagan dimana pertukaran emas yang sama dilakukan sudah tidak diamalkan lagi.

Hadis yang terkenal yang menyebut tentang “ tangan dengan tangan “ dan “seimbang “ merujuk pada riba, tidak difahami oleh golongan modenis. Mereka tidak faham relevannya dan bentuk yang disebut. Emas dengan emas, seimbang dan tangan dengan tangan merujuk kepada perseimbangan dalam traksaksi. Satu aspek merujuk kepada keseimbangan dalam kuantiti jika berlaku ketidakseimbangan menjadi riba al-fadl dan satu lagi merujuk kepada kesegeraan (tanpa penangguhan) dan jika berlaku penangguhan dirujuk sebagai riba al – nasiah. Ini akan menghalang keadaan dimana emas yang tidak ada (dayn) ditukar dengan emas yang ada (ayn) . Ini sangat relevan kerana cara beginilah orang Islam ditipu dengan emas mereka dengan cara menukar dengan kertas janji palsu emas ( bentuk asal wang kertas ). Seterusnya untuk menjadikan wang kertas halal, ulamak – ulamak modenis mengabaikan maksud dan relevannya hadis tersebut.

Hadis itu merujuk kepada pertukaran dinar dan dirham khususnya pada cetakan berlainan , ia melarang sama sekali kewujudan nota/resit sebagai janji pembayaran. Dua bentuk ini sangat relevan dan penting kepada kita :

Kesimpulannya, pandangan Reda adalah seperti berikut :

A] Riba al-nasiah hanyalah riba al-jahiliyya dan hanya denda berbunga/coumpand interest dilarang dengannya.
B] Riba al-fadl hanya melibatkan pertukaran, hanya peringkat kedua dan boleh diterima sekiranya berlakunya keperluan ( darurah ).

Pengikut Reda pada asasnya mengambil pendekatan yang sama dalam mengklasifikasikan riba tetapi berbeza sedikit dalam isu denda berbunga/coumpand interest. Mereka bersetuju bahawa interest biasa/simple interest juga adalah haram tetapi prinsip darurah boleh diguna pakai dan mereka melihat riba al – fadl sebagai masalah kedua melibat hanya pada perdagagan ( bukan mata wang ).

Sebenarnya kedua – dua riba al – nasiah dan riba al – fadl dilarang dalam Al Quran, malah riba dalam Al Quran dan Sunnah adalah sama . Sunnah adalah amalan hidup sebagai penafsiran dari Al Quran.

Riba yang dikenali sebagai riba al Jahiliyah mengandungi kedua – duanya riba al-nasiah dan riba al-fadl. Dalam transaksi ini, pembayaran ditangguh ( nasiah ) ditukar dengan penambahan (fadl), tetapi riba al – nasiah melibatkan lebih dari hanya riba al – jahilliyah.

Implikasi dari kedudukan ulamak modenis.

Dengan mengabaikan makna sebenar riba al nasiah , mereka mengelak daripada menyentuh tentang isu mata wang kertas.

Memahami riba al-nasiah adalah asas kapada pemahaman tentang kedudukan kita keatas duit kertas. Sebab ulamak moden mengambil sikap yang memutarbelitkan makna riba secara jelasnya ialah untuk menghalalkan suatu yang tak terfikir : perbankan. Inilah justifikasi kepada apa yang dipanggil Perbankan Islam. Konsep darurah bersama penyingkiran riba al-nasiah memberi mereka alasan untuk membenarkan penggunaan duit kertas dan seterusnya menggunakan kaedah fractional reserve banking (pembahagian simpanan Bank ) yang menjadi asas kepada perbankan moden hari ini.

Read more...

Membayar zakat dalam dinar dan dirham


Menunaikan Zakat dalam dinar dan dirham

Zakat tidak boleh dibayar dengan menggunakan hutang (debts) mahu pun surat janji pembayaran. (promissarry notes )atas kertas. Zakat hanya dapat dibayar dengan menggunakan barang yang memiliki nilai yang nyata, yang disebut dalam bahasa Arab disebut sebagai ‘Ayn. Zakat tidak boleh dibayar dengan menggunakan janji pembayaran atau hutang, yang disebut dalam bahasa Arab sebagai Dayn.
Sejak awal zakat dibayar dengan menggunakan Dinar dan Dirham. Sebuah bukti nyata bahwa pada sepanjang masa pemerintahan Othmaniah hingga jatuhnya Khalifah, zakat tidak pernah diperkenankan dibayar dengan menggunakan wang kertas.
Shaykh Muhammad ‘Illysh (1802-1881), seorang Qadi Maliki yang terkemuka, berkata bahwa jika anda ingin membayar zakat dengan menggunakan wang kertas, maka anda harus membayarnya sesuai dengan nilainya sebagai benda (’Ayn) yang ertinya dari kertas itu sendiri. Maka dari itu, kertas itu tidak diperkenankan sebagai alat pembayar zakat.
“Jika zakat menjadi wajib, apapun bendanya, akan dihitung/dinisab berdasarkan sifat dan jumlahnya, bukan berdasarkan nilainya, seperti yang terjadi pada perak, emas, biji-bijian, buah-buahan dan ternakan. Apabila sifat dari benda tersebut tidak memiliki keutamaan dalam hal zakat, maka benda tersebut akan diperlakukan sebagaimana halnya tembaga, besi atau yang sejenisnya.”

Kaedah cara pembayaran zakat telah dijelaskan dan diatur secara sempurna dalam Feqah Islam. Selama berabad-abad, ketika Syari’ah Islam ditegakkan oleh seorang Khalifah atau seorang Amir, zakat dibayar dengan menggunakan emas dan perak. Ketika wang kertas pertama kali diperkenalkan, pada abad-abad akhir oleh kekuatan kolonialisme, para ulama tradisional menolak kehadirannya kerana sifatnya yang bertentangan dengan Syari’ah Islam.
Menurut pandangan para ulamak tersebut, wang kertas hanya dapat dilihat sebagai fulus yang berada dalam kategori mata wang rendah yang hanya dapat digunakan sebagai pecahan mata wang kecil. Sebagai contohnya, tidak diizinkan untuk menggunakan fulus dalam perjanjian qirad . Termasuk ke dalam golongan ulama tersebut, terdapat seorang alim terkemuka keturunan daerah maghribi, Shaykh Muhammad ‘Illyash yang merupakan Shaykh dari para Shaykh fiqih Maliki di Universiti Al Azhar Mesir.
Beliau menulis dalam Fatwanya:
‘Saya ditanya mengenai penilaian saya terhadap cop Sultan (sejenis wang kertas yang digunakan pada zaman akhir Othmaniah) yang beredar sebagai pengganti dinar dan dirham. Apakah Zakat wajib atasnya, sebagaimana yang terjadi pada emas, perak dan barang dagangan, atau tidak?’
Saya menjawab:
“Segala puji bagi Allah dan rahmat dan kedamaian bagi Junjungan kami, Sayidduna Muhammad, Rasulullah.”
“Tidak ada zakat yang dibayarkan atasnya, sebagaimana zakat diwajibkan atas haiwan ternak, beberapa jenis biji-bijian dan buah-buahan, emas, perak, nilai dari pendapatan dagang dan barang simpanan. Barang yang disebutkan di atas (Cop Sultan) tidak termasuk ke dalam kategori tersebut.”
“Engkau akan melihat amal dari penjelasan mengenai hal ini pada syiling tembaga atau fulus yang dicetak dan diberi cop Sultan yang ada dalam peredaran, di mana tidak ada zakat yang dibayarkan atasnya, kerana tidak termasuk ke dalam kategori yang wajib untuk dizakatkan. Sebagaimana tercantum dalam kitab Mudawwana: ‘Barangsiapa yang memiliki syiling kecil (fulus) senilai 200 dirham dalam satu tahun, tidak diwajibkan zakat atasnya, kecuali ia merupakan barang dagangan. Maka, si pemilik harus melihat nilai syiling tersebut sebagaimana nilai barang dagangan.’”
“Dalam kitab ‘Al-Tiraz’, disebutkan Abu Hanifa dan Asy-Syafi’i menyatakan dengan tegas pembayaran zakat atas syiling kecil (fulus), kerana keduanya mempertimbangkan pentingnya membayar zakat atas nilainya, di sebutkan juga bahwa terdapat dua perbedaan dalam pendapat Asy Syafi’i, ia menyatakan bahwa sikap mazhab yang menyatakan tidak mewajibkan zakat atas wang kecil, tidak ada perbedaan pula bahwa syiling kecil dilihat dari nilainya, bukan dari berat dan jumlahnya. Jika zakat menjadi wajib, apapun bendanya, akan dihitung/dinisab berdasarkan sifat dan jumlahnya, bukan berdasarkan nilainya, seperti yang terjadi pada perak, emas, biji-bijian, dan buah. Apabila sifat dari benda tersebut tidak memiliki keutamaan dalam hal zakat, maka benda tersebut akan diperlakukan sebagaimana halnya tembaga, besi atau yang sejenisnya.”
“Dan Allah, segenap puji dan sembah bagiNya, Maha Bijaksana. Semoga Allah memberkahi dan memberikan kedamaian bagi junjungan kita, Nabi Muhammad beserta seluruh keluarganya.”
(Diterjemahkan dari kitab ‘Al-fath Al’Ali Al-Maliki’, hal. 164-165)
Fatwa ini menyatakan bahwa wang kertas adalah fulus kerana wang kertas hanya mewakili nilai nominal wang dan tidak memiliki nilai dagang. Maka dari itu, zakat tidak dapat dibayar dengan menggunakan wang kertas yang nilainya sebagai hanyalah kertas (kertas tidak dikenakan zakat). Apabila penggunaan Dinar dan Dirham sebagai alat pembayaran zakat ditegakkan kembali, maka jutaan syiling emas dan perak akan kembali hadir dalam kegiatan perniagaan seharian.

Read more...

Peranan Bankers Yahudi Menjatuhkan Khilafah Othmaniah


Peranan Bankers Yahudi Menjatuhkan Khilafah Othmaniah


Peristiwa Pemecatan Khalifah Islam Terakhir Sultan Abdul Hamid
( 1876 - 1909 )

Malam itu, Sultan Abdul Hamid dan keluarganya dikunjungi oleh sekumpulan manusia yang tidak akan dilupakan oleh sejarah.

Emmanuel Carasso, seorang Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) di Parlimen Othmaniyyah (Meclis-i Mebusan) melangkah masuk ke istana Yildiz. Turut bersama beliau adalah Aram Efendi, wakil rakyat Armenia, Laz Arif Hikmet Pasha, anggota Dewan Senat yang juga pemimpin Armada Othmaniyyah, serta Arnavut Esat Toptani, wakil rakyat bandar Daraj di Meclis-i Mebusan.
“Bukankah waktu seperti ini adalah waktu khalifah menunaikan kewajipannya terhadap keluarga. Tidak bolehkah kalian berbincang dengan aku pagi esok?”, Sultan Abdul Hamid tidak selesa menerima kedatangan mereka yang kelihatannya begitu tergesa-gesa.
Tiada simpati di wajah mereka.“Ummah telah memecat kamu”, Esat Pasha memberitahu. Angkuh benar bunyinya.Satu persatu wajah ahli rombongan itu diperhati oleh Sultan Abdul Hamid.
“Apakah mereka ini sedar dengan apa yang mereka lakukan?”, baginda berfikir.


“Jika benar Ummah yang menurunkan aku, mengapa kamu datang dengan lelaki ini?”, Sultan Abdul Hamid menundingkan jarinya kepada Emmanuel Carasso.
“Apa kena mengenanya Yahudi ini dengan Ummah?”, wajah baginda kemerah-merahan menahan marah.

Sultan Abdul Hamid memang kenal benar siapa Emmanuel Carasso itu. Dia jugalah yang bersekongkol bersama Theodor Herzl ketika mahu mendapatkan izin menempatkan Yahudi di Palestin dengan penuh licik lebih sedekad yang lalu (1898). Mereka menawarkan pembelian ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin sebagai tapak penempatan Yahudi di Tanah Suci itu. Sultan Abdul Hamid menolaknya dengan tegas, termasuk alternatif mereka yang mahu menyewa tanah itu selama 99 tahun.

Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid untuk tidak mengizinkan Yahudi bermastautin di Palestin, telah menyebabkan Yahudi sedunia mengamuk. Harganya terlalu mahal. Sultan Abdul Hamid kehilangan takhta, dan Khilafah disembelih agar tamat nyawanya.

“Sesungguhnya aku sendiri tidak tahu, siapakah sebenarnya yang memilih mereka ini untuk menghantar berita penggulinganku malam itu”, Sultan Abdul Hamid meluahkan derita hatinya di dalam diari baginda.

Perancangan untuk menggulingkan baginda sudah dimulakan lama sebelum malam itu. Beberapa Jumaat kebelakangan ini, nama baginda sudah tidak disebut di dalam khutbah.
“Walaupun engkau dipecat, nyawamu berada di dalam jaminan kami”, Esat Pasha menyambung katanya.

Sultan Abdul Hamid memandang wajah puteranya Abdul Rahim, serta puteri baginda yang seorang lagi. Malang sungguh anak-anak ini terpaksa menyaksikan kejadian malam itu.
“Bawa adik-adik kamu ke dalam”, Sultan Abdul Hamid mengarahkan Amir Abdul Rahim membawa adik beradiknya ke dalam bilik.

“Aku tidak membantah keputusanmu. Cuma seperkara yang kuharapkan. Izinkanlah aku bersama keluargaku tinggal di istana Caragan. Anak-anakku ramai. Mereka masih kecil dan aku sebagai bapa perlu menyekolahkan mereka”, Sultan Abdul Hamid meminta pertimbangan. Baginda sudah tahu yang tiada gunanya untuk keputusan yang dibawa oleh rombongan itu dibantah.

Itulah kerisauan terakhir baginda. Mengenangkan masa depan anak-anaknya yang ramai. Sembilan lelaki dan tujuh perempuan adalah jumlah yang besar.Permintaan Sultan Abdul Hamid ditolak mentah-mentah oleh keempat-empat lelaki pengkhianat Ummah itu. Malam itu juga, baginda bersama ahli keluarganya hanya dibenarkan membawa sehelai dua pakaian, dan mereka diangkut di dalam gelap menuju ke Stesyen Keretapi Sirkeci. Khalifah terakhir umat Islam, dan ahli keluarganya dibuang negara ke Salonika, Greece.

Gerombolan tentera kedengaran melangkah penuh derap ke istana. Meriam diletupkan sebagai petanda Sultan Mehmed V Resad ditabal menjadi raja boneka. Rasmilah malam itu Sultan Mehmed V Resad menjadi Khalifah ke 99 umat Islam semenjak Abu Bakr al-Siddiq r.a. Tetapi khalifah yang satu ini sudah tiada kuasa. Hanya boneka umpan menahan pemberontakan masyarakat terhadap pembubaran Khilafah Othmaniyyah.

“Entahlah, di saat hidup dan matiku tidak menentu, aku terasa begitu tenang dan aman. Seperti sebuah gunung besar yang selama ini menghempap dadaku, diangkat penuh kelegaan” kata Sultan Abdul Hamid di dalam diarinya.

Sultan Abdul Hamid mengusap kepala anaknya Abdul Rahim yang menangis ketakutan. Anak-anaknya yang lain turut menangis sama. Perjalanan dari Sirkeci Istanbul menuju ke Salonika di Greece penuh misteri.

“Sabarlah anak-anakku. Jika Allah mengkehendaki kematian bagi kita, bukankah kematian itu kesudahan untuk semua”, kata Sultan Abdul Hamid kepada sekalian kaum kerabat baginda.

Kereta api meluncur laju. Bumi khilafah ditinggalkan di belakang. Sejarah kegemilangan 600 tahun Bani Osman, berakhir malam itu. Palitan hitam yang mustahil untuk diputihkan kembali.

Dalam suasana malam yang sejuk, Sultan Abdul Hamid II melunjurkan kakinya di atas kerusi kereta api sambil dipicit oleh anaknya Fatimah.

“Sabarlah anakku, Ummah tidak tahu apa yang telah mereka lakukan kepada umat Muhammad ini”, baginda mengusap wajahnya dengan linangan air mata.

Lama benar baginda dan ahli keluarganya dikurung di istana Yahudi yang buruk itu. Mereka dikurung di dalam bilik tanpa perabot. Pintu dan tingkap istana, dilarang daripada dibuka. Hari demi hari, adalah kematian sebelum mati bagi baginda sekeluarga. Akhirnya pada tahun 1912, Sultan Abdul Hamid dibawa pulang ke Istanbul, dan anak-anaknya bercerai berai, dibuang ke Perancis sebagai pengemis dan pelarian yang merempat di jalanan.

Sultan Abdul Hamid dikurung di Istana Beylerbeyi selama 6 tahun.

“Maafkan patik, Tuanku. Mereka tidak mengizinkan saya untuk hadir lebih awal”, doktor yang merawat Sultan Abdul Hamid berbisik ke telinga baginda.

Nafas Sultan Abdul Hamid turun naik. Penyakit asthma baginda semakin serius. Doktor sudah tidak dapat berbuat apa-apa.

Renungan Sultan Abdul Hamid menghancurkan hati doktor tersebut. Bagaimana seorang khalifah umat ini harus menemui ajalnya di tangan beliau.

“Ampunkan aku ya Allah. Tiada upaya bagi hamba-Mu yang lemah ini”, seorang doktor sudah hilang upaya.

Baginda Sultan Abdul Hamid II telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam kurungan di Istana Beylerbeyi pada 10 Februari, 1918. Pemergiannya diratapi oleh seluruh penduduk Istanbul kerana mereka sudah sedar, apakah harga kebodohan mereka membiarkan Khilafah Othmaniyyah dilumpuhkan selepas penggulingan Sultan Abdul Hamid, 10 tahun yang lalu. Menangislah… tiada sejarah yang mampu memadamkan penyesalan itu.

Nukilan dari muzakirat/diari Sultan Abdul Hamid



Kejatuhan Empayar Othmaniah sebenarnya bermula sejak dari pemerintahan Sultan Mahmud II (1808 -1839) lagi. Kita boleh melihat puncanya dari dua sudut :

Pertama : Pemodenan mengikut arus barat.

Kedua : Meninggalkan amalan Islam.

Ada agenda tersembunyi yang perlu kita fahami. Sepanjang kurun ke 19 berlaku proses perindustrian dan elektonik di Eropah, ianya bukan satu proses semulajadi bahkan satu perancangan pihak tertentu untuk mengaut keuntungan. Apa yang terjadi ? Kemajuan teknoloji membawa saudara kembarnya yang menjadi protokol atau prosedur bersama – samanya iaitu bon – bon, sekuriti, wang kertas dan lain – lain instrument kewangan.

Bermula dari projek pembinaan keretapi yang memerlukan modal yang besar, cara pembayaran Islam tidak boleh dipakai. Mereka menumpu di Turki sebagai pusat pemerintahan dan Mesir sebagai pusat intelektual Islam. Cara perniagaan atau muamalat islam mesti diketepikan, maknanya keputusan para Ulamak dalam hal – hal perniagaan tidak diperlukan lagi.

Selama ini umat Islam menguasai bidang perniagaan dan perdagagan sementara masyarakat Yahudi dan Kristian membayar jizyah bagi keselamatan mereka dan membenarkan mereka tidak ikut serta dalam kewajipan ketenteraan. Malangnya selepas tugasan penyusunan semula masyarakat diserahkan kepada Bankers Yahudi atas nama untuk memodenkan Khilafah Othmaniah , pekara yang sebaliknya berlaku orang Yahudi dan Kristian menjadi TUAN/Masters kaya raya sedangkan rakyat Khilafah pulak menjadi miskin.

Sultan Mahmud II membentuk tentera diraja bermodelkan tentera British. Tentera jihad diganti dengan tentera makan gaji. SIstem demokrasi diperkenalkan, jawatan wazir besar diganti dengan Perdana Menteri. Cukai dinaikkan.

Tanzimat (reformasi) diperkenalkan pada tahun 1839 oleh Sultan Abdul Mecit . Sistem kerajaan tempatan digantikan dengan model Perancis. Ini menyebabkabkan sistem perniagaan Bazaar, khidmat masyarakat melalui waqaf yang dipanggil imaret dan millet (majlis perlindungan bagi golongan minoriti ) tidak lagi berfungsi . Pendidikan dua aliran diperkenalkan , tradisional dan sekular yang bertulang belakangkan stok, bon dan lain – lain institusi kewangan moden. Ini berlaku secara tidak sedar atas nama memodenkan empayar.

Undang – undang Islam keatas status ahlu Zhimmah dihapuskan. Reformasi Tanzimat memfokuskan kepada pemusatan pentadbiran ( administrative centralization) menggantikan sistem autonomi amiriah tempatan. Tiga wazir yang menjayakan tanzimat ialah Rechid, Ali dan Fuad Pasha. Mereka bersahabat baik dengan banker Yahudi bernama Camondo. Mereka menghabiskan banyak masa mereka di Paris mempelajari teknik permodenan barat. Nasihat dari financial planner Yahudi diperlukan bagi memodenkan empayar.

Kebanyakan orang Yahudi di Istanbul tinggal di Galata. Isaac Camondo menubuhkan Bank Camondo pada tahun 1802. Saudaranya Abraham-Salomon Camondo menggantikannya pada tahun 1832. Kerana sumbangannya yang besar kepada tanzimat beliau dianugerahkan Nishan-I Iftihar dan menjadi Komander Mejidiye pada tahun 1849.

Pada tahun 1842 wang kertas KAIMA diperkenalkan menggantikan dinar dan dirham , ini membawa kepada penguasan banker YAHUDI keatas kedaulatan khilafah. Secara tidak sedar, banker - banker ini dijemput untuk mencipta system kewangan moden dengan system riba mereka melalui bon, kredit, saham dan pengeluaran wang kertas yang dikuasai banker Yahudi. Reformasi kewangan memberi mereka peluang untuk membuka bank – bank baru.

Pada tahun 1845 Kerajaan Othmaniah bersama Mm. Alleon dan Theodore Baltazzi menubuhkan Bank of Constantinople bagi tujuan memberi pinjaman kepada kerajaan. Perang Krimea memberi peluang kepada banker Yahudi berkembang dalam empayar Othmaniah. Kerajaan memerlukan dana untuk peperangan. Bank memberi pinjaman dengan interest. Ottoman Bank ditubuhkan pada tahun 1856, ia menjadi satu langkah kepada penubuhan bank pusat dengan dana dari luar dengan jumlah 500,00 pound sterling. Transformasi modal persendirian kepada Bank Pusat akan membawa kepada system kuasa berada ditangan pemilknya banker – banker Yahudi Antarabangsa.

Keluarga Rothschilds yang terlibat dalam penubuhan Federal Reserve USA juga turut terlibat atas nama pelaburan melalui Alphonse de Rothchilds dan bapaknya James Rothschilds membuka cawangan French Rothchilds Bank di Istanbul.

Kerja – kerja untuk penubuhan bank pusat akhirnya berjaya dengan tertubuhnya La Bank Imperiale Ottomane pada tahun 1863 dengan bantuan Yahudi bernama Emil dan Isaac Pereire. Ini model yang menjadi superbank seterusnya dari Bank pusat kepada Bank Dunia dan International Monetary Fund. Bank ini menjadi bankers bank, dengan deposit dan pengumpul dan pengedaran kredit. Ia akan menentukan kadar antara Bank, memberi pinjaman, jual dan beli, membincangkan pembelian komoditi, memberi dana dan melibatkan diri dalam projek pelaburan dan mengeluarkan dan mencetak wang baru.

Bank Camondo hanyalah bank biasa, Ottoman bank ialah bank dengan dana tempatan seterusnya bank baru Imperial Ottoman bank menjadi Bank Pusat dengan dana antarabangsa. Satu system penguasaan kewangan telah diletakkan batu asasnya. Bank ini akan menyerap masuk dalam setiap aktiviti masyarakat bermula dari kedai runcit. Tidak ada aktiviti masyarakat yang dapat lepas dari Bank. Dari aktiviti jual beli, simpanan seterusnya dana kewangan dan pelaburan , semuanya melibatkan bank.

Mereka menjadi Tuan kepada dunia. Masters of the Worlds.

Pada tahun 1858 bankers Yahudi telah meletakkan syarat pinjaman dengan jaminan tranformasi sosial kepada Kerajaan Othmaniah. Ini menunjukkan sistem ekonomi hutang berkait rapat dengan kejuruteraan sosial. Pada waktu itu jizyah sudah berkubur. Bank Yahudi bertapak, sistem politik Nasrani Kristian menjadi penggerak empayar Othmaniah ! Hak menandatangani kerajaan tergadai kepada peminjam wang. Tahun itu juga , undang - undang tanah baru menafikan hak Sultan. Seterusnya tahun 1867 , orang asing dibenarkan membeli tanah.

Projek keretapi menghubungkan Istanbul ke Vienna , Austria dikatakan akan menghubungkan dunia Islam dan Eropah. Oleh kerana projek ini begitu besar, begitu jugalah peranan penipuan besar oleh bank - bank Yahud di London, Paris dan Brussel dalam membiayai projek ini dengan bon - bon kerajaan Othmaniah. Pada tahun 1873 , berlaku ' crash 1873 ' yang membawa kepada kejatuhan nilai bon - bon tersebut. Projek ini bukan sahaja pembanggunan fizikal dalam bentuk konkrit bangunan semata - mata. Bahkan suatu gerakan yang mengatasi ruang lingkup sempadan nasional dan bangsa tetapi didalangi dengan angka - angka pada dokumen kewangan yan dipanggil saham dan bon.

Pada tahun 1875 Kerajaan Othmaniah diistiharkan muflis kerana tidak mampu membayar hutang. Suruhanjaya Asing dilantik mewakil pemegang saham asing. Kerajaan terpaksa mengenakan cukai terhadap rakyat. Serbia memberotak. Bosnia diserahkan kepada Austria dibawah bendera Othmani. Jalan keretapi tidak siap tetapi separuh dari perniagaan laut telah jatuh ke tangan British.

Kesan mengurangkan perjalanan dari Vienna ke Istanbul dari seminggu ke 40 jam ialah kejatuhan Khilafah Othmaniah.

Sultan Abdul Hamid menjadi Khalifah pada tahun 1876. Beliau mahu kembali kepada pemerintahan asal Othmaniah sebelum tanzimat. Beliau menolak sistem hiraki barat dan mahukan sistem topkapi dan imaret diperintah oleh keluarga diraja Othmaniah semula. Beliau tidak percaya kepada pegawai - pegawai yang berkhidmat sebelumnya. Secara beransur - ansur beliau mengurangkan peranan mereka dalam kerajaan. Beliau berjaya mengurangkan hutang kerajaan.

Pada tahun 1896, perwakilan Zionis telah menemui beliau. Sebagai tawaran untuk mendapatkan Palestin mereka memberi tawaran untuk memperbaiki keadaan krisis kewangan yang dihadapi oleh kerajaan Othmaniah. Bagaimana seorang yang tidak mempuyai tanahairnya sendiri boleh membuat tawaran kepada pewaris salah satu empayar terbesar di dunia. Jawapannya ialah satu bentuk kuasa baru telah muncul, kuasa bank telah mengatasi kuasa kerajaan atau kuasa politik. Kuasa tidak lagi dalam bentuk ketenteraan tetapi dalam bentuk jumlah nombor wang dalam bank. Politik dijadikan alat untuk mengawal masyarakat. Kuasa politik pulak dijadikan alat bank ntuk menjalankan projeknya.

Sultan Abdul Hamid telah mengungkapkan kata-kata bersejarah yang ditujukan kepada Herzl melalui utusan yang dihantar untuk perundingan tersebut :

"Saya menganjurkan supaya dia(Hezrl) tidak meneruskan perkara ini (usaha mendapatkan tanah Palestin). Saya tidak dapat menjualkan walaupun satu kaki persegi daripada tanah ini kerana ianya bukan milik saya, tetapi milik rakyat saya. Rakyat saya telah membentuk serta mengekalkan Empayar ini dengan pengorbanan dan darah, dan kami akan mempertahankannya dengan darah kami sebelum menyerahkannya kepada sesiapapun. Biarlah yahudi-yahudi itu menyimpan sahaja wang mereka yang berbilion-bilion itu. Jika sekiranya Empayar ini berpecah, maka mereka boleh mengambil Palestin secara percuma. Tetapi mestilah dilangkah mayat kami dahulu, dan saya tidak akan membenarkan ianya berlaku atas sebab apapun.."

Sultan Abdul Hamid digulingkan pada tahun 1908. Pada tahun itu juga , pejabat pertama zionis di buka di Palestin dibawah firma Rohschilds. Maka berakhirlah empayar Othmaniah walaupun ia masih belum secara rasmi sehingga tahun 1924

Read more...

Hutang???

>> Thursday, August 13, 2009

Keadaan umat Islam masa kini sangat memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu.

Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Nabi SAW bersabda :-

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali. Sebagaimana Sabda Nabi SAW :

Ertinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )

Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :

Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :

Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

*
a) KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

*
b) PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Perlu disedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.

*
c) PERUMAHAN DAN KERETA : 2 item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.

*
d) UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.
Faktor2 dan penyebab lain berlakunya fenomena berhutang:
1) Tidak ada tabungan kewangan sendiri dan apabila keadaan mendesak/kecemasan, jalan mudah yang diambil adalah dengan berhutang.
2) Mempunyai pendapatan bulanan RM 1000, tetapi berbelanja seperti org yg mempunyai gaji bulanan RM 3000.
3) Terlalu mengikut trend semasa seperti trend berkereta mewah, trend berfesyen dan trend perkahwinan secara exclusive tanpa memikirkan kemampuan kewangan sendiri.
Bebaskan atau elakkan diri dengan hutang. Org yg kaya bukan org yang mempunyai gaji tinggi tetapi org yg bebas drpd hutang.

Read more...

Dirham dan dinar dalam muamalat Islam

>> Sunday, July 5, 2009



Islam mempunyai model ekonomi yang tersendiri. Model Islam bukannya kapitalis atau sosialis. Ia datang dari Al Quran dan Sunnah, sejarahnya selama 1400 tahun, dari permulaan Islam sehinggalah jatuhnya khilafah pada abad ke 20. Model Islam mempertahankan dan mengakui hak harta secara individu dan hak Allah ( waqaf ) dan mesti mengikut aqad – aqad yang dipersetujui oleh Islam.

Mu’amalat Islam menggunakan barangan fizikal (a’in) sebagai wang. Dinar emas dan dirham perak telah diketahui sebagai matawang shari’ah. Kedua barangan ini ( emas dan perak ) mempunyai status istimewa kerana disebut dalam Al Quran dan menjadi kayu ukur dalam pekara asas dalam Islam seperti zakat dan pekara berkaitan dengan hudud.

Dinar dan dirham adalah asas untuk mengekalkan kestabilan matawang. Matawang ini turun-naik tetapi ia tidak menyebabkan inflasi. Dinar dan dirham tidak menghadapi inflasi kerana ia tidak boleh diganti dengan wang hutang ( credit money ) kerana wang berdasarkan hutang tidak boleh digunakan sebagai matawang mengikut shariat Islam.


Didalam sebuah seminar Ekonomi Dinar Emas 2007 baru – baru ini Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat menyatakan bahawa " Sememangnya budaya ekonomi Islam adalah berteraskan dinar dan dirham. Dalam al-Quranul karim, perkataan dinar dan dirham ada termaktub dalam Surah Ali Imran ayat 75 dan juga dalam surah Yusof ayat 20. "

وَمِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ مَنْ إِنْ تَأْمَنْهُ بِقِنْطَارٍ يُؤَدِّهِ إِلَيْكَ وَمِنْهُمْ مَنْ إِنْ تَأْمَنْهُ بِدِينَارٍ

لَا يُؤَدِّهِ إِلَيْكَ إِلَّا مَا دُمْتَ عَلَيْهِ قَائِمًا

Maksudnya:

Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya…..

(Surah Ali Imran : 75)

وَشَرَوْهُ بِثَمَنٍ بَخْسٍ دَرَاهِمَ مَعْدُودَةٍ وَكَانُوا فِيهِ مِنَ الزَّاهِدِينَ

Maksudnya:

Dan (setelah berlaku perundingan), dan adik beradik Nabi Yusuf telah menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja...

(Surah Yusof : 20)

Kedua-dua ayat al-Quran ini menceritakan, bahawa penggunaan wang dinar dan dirham, telah pun berlangsung sejak ribuan tahun, sebelum kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w lagi.

Selain daripada ayat al-Quran, terdapat banyak hadis-hadis yang menceritakan, tentang penggunaan dinar dan dirham sebagai matawang, sehingga ke zaman Rasulullah s.a.w, sebagaimana sabda baginda : maksudnya:

"Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba. Dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin. dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu. Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu.

Dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis di atas membuktikan bahawa, asas sistem matawang yang digunakan di sepanjang sejarah ketamadunan manusia, sejak zaman nabi-nabi yang terdahulu, sehinggalah ke zaman Nabi Muhammad s.a.w, adalah dalam bentuk mata wang dinar dan dirham.

Bahkan sistem inilah, yang telah diamalkan di sepanjang pemerintahan Khulafa' ar-Rasyidin, sehingga berakhirnya zaman pemerintahan kerajaan atau Khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924 Masihi.

Sejarah juga telah membuktikan bahawa negeri Kelantan berada di bawah jajahan takluk Kerajaan Siam suatu ketika dahulu, pihak Kerajaan Kelantan sentiasa membayar ufti kepada kerajaan Siam pada setiap tahun, dengan menghantarkan sebilangan kepingan-kepingan wang emas, yang digubah dalam bentuk bunga emas.

Ini membuktikan bahawa, penggunaan wang dinar emas bukan hanya digunakan umat Islam di Timur Tengah sahaja, tetapi telah digunakan secara meluas sehingga ke Asia Tenggara, termasuk Negeri Kelantan sejak ratusan tahun yang lalu.

Saranan supaya kembali kepada penggunaan wang dinar emas, sebagai teras ekonomi pada zaman globalisasi ini, bukanlah dimonopoli oleh penganut agama Islam sahaja.

Bahkan ramai juga ahli-ahali ekonomi dari kalangan bukan Islam, yang inginkan wang komoditi, khasnya dalam bentuk kepingan emas dan perak kerana kestabilan dan jaminan kebebasan yang dikandungnya.

Mereka berpendapat, alasan utama mengapa sistem wang komoditi seperti dinar emas, tidak dibenarkan oleh pihak-pihak tertentu, bukanlah disebabkan kekurangan kemahiran teknikal tetapi kerana wang komoditi mampu menggantikan sistem monetari konvensional.

Oleh kerana penggantian tersebut boleh menjadi ancaman besar, khasnya kepada kepentingan ekonomi Amerika dan Yahudi sedunia menyebabkan pihak-pihak yang berkepentingan itu gemar membuat alasan bahawa kononnya jika emas dan dinar dijadikan sebagai matawang ia akan mudah tercicir, atau poket akan cepat tembus, kerana berat membawa wang dari emas.

Emas telah menjadi piawai bagi mata wang dunia, selama beribu-ribu tahun, sehinggalah ia diganti kepada wang kertas dollar hanya pada awal tahun 1970-an. Wang dollar tidak lagi disandarkan kepada emas, tetapi nilainya turun naik mengikut gelora permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing.

Justeru, kita perlu melihat usaha pengembalian dinar dan dirham ini, sebagai usaha menegakkan sistem ekonomi yang lebih adil dan lebih telus.

Bukannya satu agenda untuk meraih populariti. Bahkan sebagai satu tanggungjawab untuk mengembalikan semula kefahaman umat Islam khasnya, berhubung peradaban dan sejarah penggunaan dinar dan dirham, serta bertujuan untuk memberi kesedaran dan keyakinan, terhadap penggunaan dinar dan dirham sebagai alternatif kepada sistem matawang, terutamanya dengan mempelopori penggunaan dinar sebagai simpanan, mas kahwin, membayar zakat, pemberian hadiah, dan sedekah untuk bekal akhirat sebagai harta cagaran di pusat-pusat gadaian ar-Rahnu, sebagai upah kepada perkhidmatan atau sumbangan yang tertentu dan sebagainya.

Sementara itu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed ketika membentangkan kertas kerja bertajuk " Dinar – Jalan kehadapan" dalam Persidangan Ekonomi Dinar Emas Antarabangsa 2007 berkata "Dengan menggunakan Dinar Emas, sebahagian daripada kuasa Sistem Perbankan Barat dan Dollar As akan terhapus. Dan hasil daripada itu, pengaruh negara-negara ini juga akan terhapus.

Selagi Sistem Kewangan Antarabangsa dan amalan perbankan sekarang dikekalkan, selagi itulah dunia akan terus didominasi oleh jurubank yang berkuasa. Mereka beroperasi melalui proksi, yakni menerusi kerajaan negara-negara Barat yang mereka biayai untuk menjadikan mereka berkuasa dari sudut ketenteraan.

"Sebaliknya jika kita enggan menggunakan Dinar Emas dalam perdagangan, negara Islam yang kaya sebenarnya akan memiskinkan dan melemahkan dirinya dan akan terus terdedah kepada tekanan kuasa Barat yang jelas membiayai pembunuhan umat Islam di Palestin, Iraq dan Afghanistan," katanya lagi.


Asal usul matawang kertas


Asalnya wang kertas hanyalah resit simpanan syiling emas.



10dollargoldfz6
Syiling emas 10 dollar : 1834


Proses pertama: Sijil dikeluarkan sebagai bukti kamu menyimpan syiling emas.

800px-us_20_1905_gold_certificate
Teks diatas
This certifies that there have been deposited in the Treasury of the
United States of America

Teks di bagian bawah
Twenty Dollars in Gold Coin
Payable to the bearer on demand




Proses kedua : Tiada lagi tertulis simpanan syiling emas pada kertas.

dollarfr

Proses ketiga : Mereka ( Federal Reserve ) menyimpan semua emas.

gold hoarding


Proses keempat : Kita hanya mendapat kertas !

dollar-23usa_paper_money


Dengan wang ini mereka berbelanja, membiayai peperangan di Iraq, Afghanistan, membantu Israel. Wang ini sebenarnya tidak ada nilai ( no intrinsic value ) tetapi kerana manusia percaya, ia menjadi bernilai. Kenapa ? Kerana kejahilan umat Islam sendiri mengenal matawang mereka.

Kenapa Sistem Kapitalis menghadapi krisis , bank - bank di AS dan Eropah banyak yang jatuh bangkrap ? Mari kita buat kajian .

Asas sistem kewangan barat ada 3 :

1. Wang fiat ( wang tanpa sandaran apa - apa ).
Termasuk : Wang Kertas ( Government Printed Money ), wang akaun, cek, bon dan sebagainya.

2. Rizab Berkanun ( Fractional Reserve Banking )
Menyimpan sebahagian deposit dan meminjam sebahagian yang lain.

3. Interest/bunga.

Ketiga - tiga ini menyumbang kepada pertambahan jumlah wang dalam edaran yang akhirnya membawa kepada inflasi.

Mari kita lihat satu persatu.

Wang Fiat :

Wang kertas digelar fiat kerana ia bukan berbentuk komoditi tetapi dikeluarkan oleh pihak tertentu dan dijamin nilainya oleh pihak yang mengeluarkannya. Pengertian sebenar disebalik wang kertas ialah sekadar ‘sekeping kertas’ yang diterima pakai untuk semua urusan jual beli. Asas penerimaan kertas ini hanya atas dasar kepercayaan terhadapnya.Kepercayaan semata-mata! Itu sahaja! Sekiranya di suatu masa kelak, semua orang hilang kepercayaan terhadap ‘kertas ini’ lalu ia tidak lagi berguna, sekalipun jumlahnya berguni.

zimbabwe money 8guni duit

Apabila kerajaan Amerika Syarikat ingin berbelanja, mereka ada dua pilihan. Samada mendapatkan dana dari kenaikan cukai rakyatnya atau berhutang. Pilihan kedua adalah lebih baik untuk ahli politik.

Pembendaharaan AS akan mengeluarkan US Treasuries Bond. Bon - bon ini akan dijual kepada orangramai atau kerajaan asing. Jika jumlah dana yang diperlukan untuk budget masih tidak mencukupi, Federal Reserve akan membeli bon - bon tersebut. Orang ramai dan kerajaan asing menggunakan dollar - dollar yang sedia ada untuk membeli bon - bon tersebut tetapi Federal Reserve hanya perlu mencetak wang baru atas angin untuk membeli bon - bon tersebut. Maka dari jalur inilah wang baru dicetak ( Government Printed Money ).

Contoh bon :





International Bon Holder

Total

China

$767.9 Billion

Japan

$686.7 Billion

Caribbean

$213.6 Billion

OPEC

$192.0 Billion

Russia

$138.4 Billion

United Kingdom

$128.2 Billion




Penciptaan wang melalui Bank ?

Fractional Reserve Banking :
Sistem fractional reserves banking adalah sistem yang membenarkan pihak bank menyimpan sebahagian dan meminjamkan bakinya atas alasan menggalakkan perkembangan ekonomi, manakala Fractional Reserves Requirement adalah jumlah minima despoit (wang simpanan) yang WAJIB DISIMPAN.

Sebagai contoh mudah untuk menambah kefahaman ianya begini;

Katalah kita di sebuah negara yang meletakkan 20% sebagai fractional reserves requirement, lalu halnya seperti di bawah:

John menyimpan wang tunainya sebanyak seribu ringgit (USD1000) kepada Bank A. Bank A menerimanya dan WAJIB tidak menggunakan 20% dari jumlah itu iaitu USD200.
Manakala bakinya sebanyak USD 800 boleh dipinjamkan. Katalah Encik Umar telah membeli perabot secara hutang dari Encik Ali dan ingin meminjam wang dari bank bagi menyelesaikan hutangnya. Bank memberikan pinjaman USD 800 dengan kadar interest sebanyak X dalam tempoh 10 tahun. Dengan cara ini, bank berhasrat menambah asetnya.
Apabila Encik Umar menerima wang itu, ia terus menggunakannya bagi membayar perabot yang dibelinya dari Encik Ali. Encik Ali selepas itu menyimpan hasil jualan perabot tadi di dalam akaunnya di Bank B.
Jumlah USD 800 dimasukkan ke bank komersial B. Tatkala itu bank B mestilah menyimpan 20% darinya iaitu USD 160. Bakinya sebanyak USD 640 akan dipinjamkannya kepada pelanggan lain dengan interest juga.
Begitulah pusingan wang di semua bank-bank dan peminjam. Katalah ia berterusan sehingga Bank K.
Kesimpulannya, setiap kali terdapat orang yang menyimpan duit di bank, setiap kali itulah bank mempunyai kuasa untuk mencipta wang melalui pinjaman dengan interest. Setiap kali wang dicipta melalui interest, jumlah wang di dalam pasaran bertambah dan ia akan membawa kesan inflasi.
Proses pertambahan dan pergandaan wang asal yang disimpan ini boleh berganda mengikut teorinya sebanyak 500%. Ia dinamakan proses money multiplier.

Untuk lebih mudah faham, sila lihat rajah di bawah.



Jumlah Keseluruhan Simpanan
Keseluruhan yang dipinjamkan
Total Reserves + Last Amount Deposited:
4570.05
3570.05
1000

Bayangkan dengan simpanan RM 1000 itu, menyebabkan wang itu berlegar dalam sistem perbankan sehingga boleh menyebabkan penciptaan wang sebanyak RM 4570.05 dalam pasaran. Padahal, wang tunai yang sebenarnya hanyalah RM 1000. Inilah hasil fractional reserve banking system.



Rajah : Graf money multiplier

Ia menjelaskan bagaimana fractional reserve requirement yang ditentukan oleh kerajaan atau bank negara tersebut memberikan kesan kepada maksimum pergandaan wang dalam pasaran.
Inilah juga yang sedang berlaku di bank-bank komersial di seluruh dunia .



Wang dalam bentuk elektronik , cek , deposit atau sebagainya adalah jauh lebih besar jumlahnya berbanding wang tunai sebenar yang beredar.

Bank mewujudkan wang melalui rizab berkanun dan meminjamkannya kepada pelanggan dengan interest. Pelanggan membeli tanah, rumah ,mesin dll. Aset berpindah tangan tetapi jumlah wang yang ada dalam ekonomi bertambah. Perpindahan harta berlaku melalui inflasi.

Implikasinya :
Barangan semakin naik.
Kawalan harga keatas barangan tertentu.
Harga bagi aset – aset semakin naik kerana menyerap jumlah wang yang bertambah.

Sistem ini boleh membawa kemakmuran dan membawa kemusnahan. Fenomena ini dipanggil boom and burst. Gelembung pembangunan berterusan dan kemusnahan dengan kemelesatan ekonomi.

40 bank di Amerika Syarikat telah ditutup sejak krisis bermula !



Recession reports - 40 banks collapse in less than 6 months in US
Tuesday, 23 Jun 2009


PTI reported that three more American banks have collapsed pushing the total number of such failures in 2009 to 40 as US economy continues to reel under recession.
Reflecting the mounting woes of the nation's financial system, the total count of bank collapses in just less than 6 months has touched 40 whereas for the whole of 2008, the number stands at 25.
The latest ones to go belly up are Southern Community Bank, Cooperative Bank and First National Bank of Anthony. According to the Federal Deposit Insurance Corporation, all the three were shuttered on June 19th 2009.
Recently, the FDIC said the number of problem bank" in the country have increased to 15 year high of 305 in the first quarter of 2009. The count stood at just 252 in the December quarter, indicating that the economic situation has worsened in the ensuing months.
Going by data available with the FDIC, the Southern Community Bank had assets worth USD 377 million and deposits of USD 307 million as on May 29th 2009. Cooperative Bank had assets to the tune of USD 970 million and deposits worth USD 774 million as on May 31st 2009.
The FDIC said that as on March 31st 2009, the assets of First National Bank of Anthony's stood at USD 156.9 million, while its deposits were around USD 142.5 million.
Since January 2008, a whopping 65 banks have been shut down. The US economy officially entered into recession in December 2007 and shrank over 5% in the first quarter of this year. This year, the maximum number of failures was in February, when ten banks collapsed. A total of 8 and 7 banks were shuttered in April and May, respectively. So far in June, 4 entities have gone belly up. 4 banks each were shut down on February 13th 2009 and April 24th 2009, while three banks each collapsed on January 30th 2009, February 6th 2009 and March 20th 2009.
(Sourced from PTI)

Read more...

VROOMMM

Free

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP