Bagaimana sistem perbankan masuk dalam dunia Islam selepas kejatuhan Khilafah Othmaniah

>> Friday, September 11, 2009


Syeikh Rashid Reda (1865-1935)




Syeikh Muhammad Abduh ( 1849-1905)



Jamaluddin Al Afghani / Al Irani (1838-97)



Mukadimmah


Kesan dari peristiwa tragik dari kejatuhan khilafah Othmaniah ialah dunia Islam yang berpecah kepada negara-negara kecil dengan setiap darinya memiliki bendera, perlembagaan dan sebuah bank pusatnya yang tersendiri. Pembukaan bank disetiap tanah umat Islam adalah satu peringatan tentang perisytiharan perang Allah s.w.t keatas lintah darat pengamal riba. Dalam keadaan ini satu "reformasi" Islam telah berjaya diketengahkan bagi mengekalkan status quo ini untuk hampir selama seratus tahun.

Setiap orang Islam mengetahui bahawa riba itu dilarang. Jadi , seperti yang berlaku kepada reformasi Kristian , sesetengah ahli reformasi Islam ini dengan bantuan dari barat telah merubah takrif riba. Mereka meninggalkan mazhab - mazhab tradisional dalam perundangan/feqah, mereka mencipta suatu benda baru yang tidak masuk akal: Mereka menghalalkan perbankan dan melabelkannya dengan “ bank Islam “. Akibatnya, walau pun ketika mengkritik kapitalisme, pada masa yang sama mereka menyelimutnya dengan Islam. Semua hukum – hakam dan fatwa - fatwa baru dan kaedah-kaedah "reformasi" ini adalah bercanggah dengan syariat Islam. Mereka telah membuat apa yang barat tidak berani lakukan: iaitu mengubah shariat Islam supaya sistem perbankan dapat diterima. Reformasi ini lebih banyak didorongi oleh Gerakan Freemason daripada Islam: Sheikh Rashid Reda, mendapat inspirasi dari Sheikh Muhammad Abduh yang berguru dengan Jamaluddin Al Afghani , membentuk reformis Islam yang baru , dari rangkaian dan pemikiran merekalah, sistem perbankan masuk ke dalam dunia Islam. Artikel ini cuba melihat sejarah apa yang terjadi di timur tengah khususnya di Mesir dan Arab Saudi sebagai lambang Intelektual Islam di dunia Arab.

Sultan Abdul Hamid , Khalifah Uthmaniyyah terakhir ada mencatat di dalam Catatan Harian Baginda rahmatuLlah alaih yang dibukukan dengan nama Mudzakkiratu as-Sulthan ‘Abdul Hamid oleh Dr Muhammad Harb berhubung Jamalud-Din Al-Afghani .
'
Kata Baginda rahmatuLlah alaih, "Telah sampai kepadaku sebuah tulisan yang dipersiapkan oleh Kementerian Luar Negeri Inggeris tentang seorang pelawak yang bernama Jamaluddin Al-Afghani. Inggeris menyatakan bahawa orang tersebut bersama dengan Blunt (Wilfred Blunt) telah membuat pernyataan pakatan untuk menjauhkan khilafah dari Bangsa Turki. Dia juga mengusulkan kepada Inggeris untuk segera mengumumkan Gabenur Makkah, Syarif Husain , sebagai Khalifah baru bagi kaum Muslimin. Aku sendiri sangat mengenali Jamaluddin Al-Afghani ini. Dia tinggal di Mesir dan dia seorang manusia yang berbahaya. Satu saat dia mengusulkan kepadaku dengan menamakan dirinya al-Mahdiyah (berdasarkan faham Syi'ah bahawa dia Imam Mahdi) dan bahawa dia akan mengerakkan seluruh kaum Muslimin Asia Tengah. Aku tahu bahawa dia tidak akan mampu melakukannya. Dia adalah kakitangan Inggeris, dan sudah pastilah Inggeris telah mempersiapkan orang tersebut sebagai sumber perisikan informasinya. Aku menolak usulnya dan dia berpakat dengan Blunt kemudiannya".
'
Sekian Baginda As-Sulthan Abdul Hamid rahmatuLlah alaih.

Mesir

Selama hampir 400 tahun, Mesir adalah sebuah daerah dari Empayar Othmaniah. Mohammed Ali Pasha adalah bekas pegawai tentera, Empayar Othmaniah . Beliau menjadi Gabenur Mesir di awal abad ke-19, (1805-1848) dan satu dinasti Kesultanan diteruskan sehingga raja terakhir iaitu Raja Farouk pada tahun 1956.

Dalam usaha-usahanya untuk memodenkan negara, Mohammed Ali Pasha telah menjemput rakyat asing untuk membawa Mesir kepada pembaharuan dan pembangunan. Perasmian Suez Canal pada tahun1869 membawa kepada bertambahnya kemasukan ramai warga asing, terutamanya orang Yahudi yang hidup di kawasan lain dari Empayar Othmaniah, terutamanya dari wilayah Turki dan Syria. Pada akhir dari abad yang ke-19, terdapat sejumlah besar keluarga-keluarga Yahudi yang kaya raya, satu fenomena yang tidak wujud di negara-negara Timur Tengah lain. Yang paling awal dikenali, adalah Keluarga Cattauis yang dipercayai telah datang dari Belanda. Mereka adalah orang Yahudi pertama yang meninggalkan Haret el Yahoud (Suku Yahudi) untuk hidup di Shubra, Mesir, yang pada masa itu adalah kota baru di pinggir Kaherah. Kawasan lain di mana orang Yahudi membina penempatan dan berpindah termasuk di Maadi, Zamalek, Heliopolis dan Garden City, Roda, Giza, dan sebagainya.

Keluarga-keluarga ini berfungsi sebagai "Sarafim", pengurup wang, penguji duit syiling, dan pemungut-pemungut cukai. Peralihan kepada sistem perbankan moden membawa mereka berjaya mencapai jawatan-jawatan tinggi dalam Kerajaan Mesir. Orang Yahudi menjadi tulang belakang ekonomi orang Mesir melalui National Bank of Egypt, Credit Foncier Mesir, Misr Bank, dan keluarga Mosseris menubuhkan bank mereka sendiri, JN MOSSERI et Compagnie. Bank-bank ini terlibat dalam perdagangan antarabangsa, pembangunan tanah, kilang - kilang industri, infrastruktur, dan sebagainya.

Sejarah Mesir moden bermula sejak 1882 ketika Mesir berada dalam pengaruh British, satu situasi yang membawa kepada konflik kepentingan dengan kedudukan Mesir sebagai sebahagian daripada wilayah Khilafah Othmaniah.

Tujuan pencerobohan British ialah bagi memulihkan kestabilan politik di Mesir dibawah kerajaan Khedive Tawfiq dan membuat kawalan antarabangsa yang keatas pembiayaan kewangan kerajaan Mesir semenjak 1876. Lord Cromer, Ketua Wakil Britain di Mesir pada masa itu, melihat reformasi-reformasi kewangan Mesir sebagai sebahagian daripada satu objektif jangka panjang. Cromer mengambil pandangan kestabilan politik itu untuk kestabilan kewangan, dan memulakan satu program pelaburan tempoh lama di Mesir melalui sumber produktif, paling penting dalam ekonomi kapas, yang menjadi tulang belakang negara itu.

Ada dua pemimpin Islam yang sangat penting di Mesir, ketika itu, Jamal al-Din al-Afghani dan Mohammed Abduh, dikenali sebagai ahli Freemasons. Al-Afghani adalah seorang aktivis di Iran dan Russia sebelum muncul di Mesir. Dia adalah dianggap "pengasas pergerakan pan-Islamik ," dan pergerakannya adalah dikenali sebagai pergerakan Salafiyya. Dia menentang imperialisme British tetapi pada masa yang sama dia menyokong pemodenan untuk dunia Islam dan sangat kagum dengan sistem barat. Sebelum dibuang negeri dari Mesir dia menjadi satu tokoh penting di Universiti Al-Azhar di Kaherah dan pengikut paling pentingnya adalah Mohammed Abduh.

Selepas al-Afghani telah disingkirkan dari Mesir pada 1879, Mohammed Abduh meneruskan mesej pembawa pembaharuannya. Untuk ini Abduh telah disingkirkan pada 1882. Semasa buangannya dia berjumpa dengan al-Afghani di Paris di mana mereka bekerjasama untuk menerbit sebuah jurnal Islam dan di mana mereka berhubungan dengan Masonic Brotherhood. Empat tahun kemudian British membuat satu perubahan besar dalam polisi mereka dan membenarkan Abduh untuk kembali. Dia menjadi seorang guru di Universiti Al-Azhar di mana dia membuat tumpuan membentuk semula institusi Islam berkedudukan tinggi itu sesuai dengan cita – cita permodenannya.. Pada masa yang sama dia cepat-cepat naik untuk menjadi seorang hakim di Mahkamah Kebangsaan.


Masjid Al Azhar , Kaherah , Mesir.

Memang terdapat satu motif terselindung untuk perbuatan Cromer membenarkan Abduh pulang ke Mesir. Anda boleh melihat, pada tahun 1898 majlis ulamak Universiti Al-Azhar telah mengesahkan bahawa perbankan adalah haram dan riba menurut shariat Islam. Ini tidak boleh diterima kepada Lord Cromer kerana beliau datang dari keluarga perbankan Evelyn Baring - salah satu anggota penting keluarga perbankan Yahudi di Britain.

Beliau perlu mencari seseorang yang boleh membenarkan perbankan dalam dunia Islam. Lord Cromer melantik kawannya Abduh untuk mengubah undang-undang shariah bagi menghalalkan fatwa Al Azhar sebelumnya. Dia dilantik menjadi Mufti besar Al Azhar oleh Cromer. Setahun selepas itu ,1899. Abduh menggunakan satu penafsiran Al Quran yang amat liberal dan kreatif untuk merobek satu lubang yang membenarkan amalan perbankan riba. Maka British melalui bank-banknya kemudian bebas untuk menguasai ekonomi Mesir. Dalam tulisan-tulisannya Lord Cromer berkata, "Saya mengesyaki Abduh kawan saya, realitinya seorang agnostik," dan beliau mengulas pergerakan Salafiyya Abduh dengan mengatakan, "Mereka adalah sekutu-sekutu semulajadi bagi gerakan reformasi Eropah." Cromer mengerti bahawa pergerakan Islam ini telah memberi kelebihan kepada Britain.

Pada tahun yang sama Fatwa mengharamkan bank dikeluarkan Al Azhar , tahun 1898 ,National Bank of Egypt (NBE) ditubuhkan dengan penguasaan Sir Earnest Cassel (50% pemilikan), Ralph Isaac Suarez, abang-abangnya Joseph dan Felix dan pihak berkaitan (25%) dan Constantine Salvagos Alexandria (25%) walaupun Cassel kekal di England. NBE menubuhkan sebuah pejabat di London.

Duit syiling emas kekal sebagai alat pertukaran sehinggalah tahun 1898, apabila National Bank of Egypt ditubuhkan dan telah diberikan hak dan kebenaran selama 50 tahun, oleh kerajaan, keistimewaan untuk mengeluarkan wang kertas Mesir, boleh ditukar dengan emas, promissory note. National Bank of Egypt mula mengeluarkan wang kertas buat kali pertama pada 3 April 1899.



Maka mata wang yang beredar di Mesir mengandungi pound Sterling emas dan banknote wang kertas Mesir yang boleh ditukar dengan emas. Keadaan ini berterusan sehingga 2/8/1914 semasa satu Decree khas telah dikeluarkan , mata wang kertas Mesir sah diperlakukan melalui legal tender dan tidak boleh lagi ditukar dengan emas. Oleh itu, wang kertas pound Mesir menjadi wang fiat semata – mata. Maka, duit syiling emas tidak lagi digunakan dalam edaran.

Ketika itulah persoalan wang kertas pengganti emas (promissory note) diketengahkan kepada Shaykh Muhammad 'Illish (1802-1881), seorang Syaikh kepada pengajian fikah Maliki di Universiti Al-Azhar dimana dia telah menyebut di dalam fatwa beliau bahawa wang kertas tidak dizakatkan sebagaimana wang emas dan wang perak kerana ia dianggap sebagai fulus (wang syiling tembaga) atau loose change. Ia hanya mewakili wang dan tiada nilai barangan. (Lihat fatwa beliau dalam terjemahan Al-Fath Al-'Ali Al- Maliki ms 164-165).

Tetapi wang sekarang lebih teruk kerana tidak mewakili apa - apa kecuali hutang semata - mata.

Fatwa Abduh - Pintu Perbankan dibuka

" Riba sememangnya tidak halal dalam semua hal; manakala Pejabat Pos melabur wang yang diambil daripada orang ramai melalui deposit, sedangkan wang itu tidak dikira sebagai pinjaman kepada pihak Pos. Ia boleh jadi sebagai wang pelaburan seumpama syarat - syarat bagi suatu perkongsian dalam qirad "
("Al-Manar", vol. VI, bahagian 18, pag. 717)

Pintu untuk menggunakan bank dan wang kertas perbankan mereka oleh itu telah dibuka. Asas kepada "Islamic Bank" terbina dengan menggambarkan interest/faedah itu dapat dipertimbangkan seolah-olah ianya adalah sebahagian dari perkongsian dalam qirad.

Anak murid Abduh,Muhammad Rashid Reda penyambung pemikiran mentornya adalah pengasas majalah "Al-Manar" diedarkan di seluruh dunia Islam. Dia menyertai rangkaian Lord Cromer dan 'Abduh. Dia menentang kedudukan tradisional Madhhab untuk menggunakan pendapat-pendapat sendirinya. Dia menentang tasawwuf tradisional. Pendapat-pendapatnya dapat dilihat dengan jelas terdedah dalam penulisannya:

"Tiada apa-apa dalam agama kita yang adalah tidak sesuai dengan tamadun semasa, terutama aspek-aspek itu dianggap sebagai berguna oleh semua negara bertamadun, kecuali mengenai beberapa persoalan mengenai riba dan Saya bersedia untuk membenarkan [daripada sudut pandangan Shari'a] semuanya dimana pengalaman orang-orang Eropah sebelum kita akan diperlukan untuk kemajuan negeri dalam bagi menyatakan Islam sebenar (maju sebagaimana Eropah). Tetapi saya tidak akan membataskan diri saya dengan mazhab - mazhab, tetapi hanya dengan Al Qur'an dan Hadith yang sahih " ("Al-Manar", vol. XII, p.239)

"Kecuali mengenai beberapa persoalan mengenai riba" Apa yang dia maksudkan dengan " beberapa persoalan mengenai riba " sebagai contohnya yang dia melihat tidak ada kesalahan dalam mengambil insuran nyawa ("Al-Manar", vol. XXVII, pag. 346, serta vol.VII, pags. 384-8, dan vol. VIII, pag. 588). Dia juga memperkecil-kecilkan ahli fiqh yang menggunakan Qiyas untuk memperluaskan larangan riba itu dalam mengambil interest/faedah ke atas modal dan memberikan pendapatnya bahawa interest atau faedah daripada wang deposit di bank atau Pejabat Pos tidak termasuk riba yang dilarang. ("Al-Manar", vol. VII, pag. 28).

Rashid Reda memberi pengkelasan ( takrif ) baru tentang riba, beliau membezakan apa yang beliau bahagikan sebagai ‘riba dalam Al Qur’an’ dan ‘riba dalam Sunnah’. Reda mempertahankan asas riba adalah dalam Al Quran dan diharamkan sampai bila – bila sementara text sunnah melarang bentuk riba yang lebih ringan dan mengikut pendapatnya juga dilarang tetapi dibolehkan jika berlaku keperluan (Darurah ).

Dia mengatakan riba yang dilarang didalam Al Quran sebagai ‘ riba al jahilliyah’ ( jika seseorang tidak membayar mengikut masa yang ditetapkan , penjual akan menaikkan harga ) kesilapannya mengatakan ini riba al – nasiah. Dia juga melakukan kesalahan dengan mengatakan riba al – nasiah ( silap bertukar maksud ) hanya menjadi haram jika melibatkan denda berbunga ( compound interest ) jadi bunga/interest biasa (simple interest ) tidak termasuk riba al – nasiah dan dibolehkan. Dia membuat kesimpulan bahawa interest/bunga biasa yang dikenakan atau yang dibayar oleh Bank tidak dilarang mengikut Al Quran dan sunnah.

Larangan dari Sunnah mengikutnya, merujuk kepada pertukaran tertentu. Seperti dua orang yang menukar emas antara satu sama lain, jumlah emas mesti seimbang dan ditukar pada masa itu juga. Pada pendapatnya, tidak seperti riba al jahiliyah , cara ini tidak diketahui orang Arab kerana sukar untuk difahami mengapa harus ada dua orang yang melakukan pertukaran yang melibatkan kuantiti yang sama serentak pulak. Jadi riba al fadl dilihat sebagai amalan yang ditinggalkan didalam perdagagan dimana pertukaran emas yang sama dilakukan sudah tidak diamalkan lagi.
Hadis yang terkenal yang menyebut tentang “ tangan dengan tangan “ dan “seimbang “ merujuk pada riba, tidak difahami oleh golongan modenis.

Mereka tidak faham relevannya dan bentuk yang disebut. Emas dengan emas, seimbang dan tangan dengan tangan merujuk kepada perseimbangan dalam traksaksi. Satu aspek merujuk kepada keseimbangan dalam kuantiti jika berlaku ketidakseimbangan menjadi riba al-fadl dan satu lagi merujuk kepada kesegeraan (tanpa penangguhan) dan jika berlaku penangguhan dirujuk sebagai riba al – nasiah. Ini akan menghalang keadaan dimana emas yang tidak ada (dayn) ditukar dengan emas yang ada (ayn) . Ini sangat relevan kerana cara beginilah orang Islam ditipu dengan emas mereka dengan cara menukar dengan kertas janji palsu emas ( bentuk asal wang kertas ). Seterusnya untuk menjadikan wang kertas halal, ulamak – ulamak modenis mengabaikan maksud dan relevannya hadis tersebut.

Hadis itu merujuk kepada pertukaran dinar dan dirham khususnya pada cetakan berlainan , ia melarang sama sekali kewujudan nota/resit sebagai janji pembayaran. Dua bentuk ini sangat relevan dan penting kepada kita :

Kesimpulannya, pandangan Reda adalah seperti berikut :
A] Riba al-nasiah hanyalah riba al-jahiliyya dan hanya denda berbunga/coumpand interest dilarang dengannya.
B] Riba al-fadl hanya melibatkan pertukaran, hanya peringkat kedua dan boleh diterima sekiranya berlakunya keperluan ( darurah ).

Pengikut Reda pada asasnya mengambil pendekatan yang sama dalam mengklasifikasikan riba tetapi berbeza sedikit dalam isu denda berbunga/coumpand interest. Mereka bersetuju bahawa interest biasa/simple interest juga adalah haram tetapi prinsip darurah boleh diguna pakai dan mereka melihat riba al – fadl sebagai masalah kedua melibat hanya pada perdagagan ( bukan mata wang ).

Sebenarnya kedua – dua riba al – nasiah dan riba al – fadl dilarang dalam Al Quran, malah riba dalam Al Quran dan Sunnah adalah sama . Sunnah adalah amalan hidup sebagai penafsiran dari Al Quran.

Riba yang dikenali sebagai riba al Jahiliyah mengandungi kedua – duanya riba al-nasiah dan riba al-fadl. Dalam transaksi ini, pembayaran ditangguh ( nasiah ) ditukar dengan penambahan (fadl), tetapi riba al – nasiah melibatkan lebih dari hanya riba al – jahilliyah.

I
mplikasi dari kedudukan ulamak modenis.

Dengan mengabaikan makna sebenar riba al nasiah , mereka mengelak daripada menyentuh tentang isu mata wang kertas.
Memahami riba al-nasiah adalah asas kapada pemahaman tentang kedudukan kita keatas duit kertas. Sebab ulamak modenis mengambil sikap yang memutarbelitkan makna riba secara jelasnya ialah untuk menghalalkan suatu yang tak terfikir : perbankan. Inilah justifikasi kepada apa yang dipanggil Perbankan Islam. Konsep darurah bersama penyingkiran riba al-nasiah memberi mereka alasan untuk membenarkan penggunaan duit kertas dan seterusnya menggunakan kaedah fractional reserve banking (pembahagian simpanan Bank ) yang menjadi asas kepada perbankan moden hari ini.

Ulamak Muasirah - semasa

Majoriti ulamak - ulamak moden di dunia termasuk di Malaysia datang dari aliran pemikiran Jamaluddin Al Afghani, Abduh dan Rashid Reda. Mereka benci kepada imperialis barat tapi pada masa yang sama amat mengkagumi sistem barat. Tanzim mereka dalam gerakan mengikut sistem organisasi barat, begitu juga dengan ekonomi atau iqtisod , mereka mencari jalan dalam agama untuk menghalalkan sistem yang ada. Konsep " Islamic State ", dengan konstitusi dan parlimen demokrasi datang dari mereka. Mereka tidak kenal, sistem Amirah dan shura dalam Islam. Mereka menghalalkan penggunaan wang kertas, tidak kenal dinar dan dirham, mereka menghalalkan perbankan, dengan bank Islam mereka. Mereka tidak kenal institusi wakala, mereka menghalalkan bon dengan " sukuk ". Mereka menghalalkan insuran dengan takaful. Mereka menghalalkan interest pada pinjaman dengan istilah "keuntungan " bank dengan menukar pinjaman dengan aqad 2 jual beli dalam 1 jual beli bersyarat yang dilarang Islam. Dan bermacam - macam lagi pendekatan moden yang memperkayakan lagi sistem kapitalis.

Syaikh Dr. Yusof Al Qaradhawi, rujukan utama golongan ini menulis dalam bukunya " Keutamaan Pergerakan Islam dalam fasa mendatang " :
" Kalau kita melihat sejarah lalu, antara yang membawa panji - panji tradisional moden ialah al a'lamah Rashid Reda melalui majalah al manar yang sangat terkenal di dunia Islam. Imam Rashid Reda adalah mujadid di zamannya. Sesiapa sahaja yang membaca tulisannya ..... akan melihatnya sebagai benar - benar al manar yakni yang memberi cahaya. Imam Reda adalah punca dari idea dimana Hassan Al banna menyebut ' Kita patut saling bantu membantu dalam pekara yang dipersetujui dan mencari alasan masing - masing dalam pekara yang tak dipersetujui. "

Tidak hairanlah mereka melihat isu wang kertas sebagai suatu isu moden dan praktikal. Hujjah mereka hanyalah atas dasar pragmatisme bukan dalil Al Quran dan Sunnah. Beliau menulis dalam Fiqh az Zakat tentang wang kertas " Kerajaan pada mulanya mengeluarkan wang kertas atas sebahagian rizab emas atau perak. Atas keperluan semasa dan penerimaan wang kertas secara berleluasa maka kerajaan berpindah dari rizab emas ke penggunaan bank pusat sebagai pengeluar wang kertas. Maka kita telah masuk ke fasa dimana wang kertas tidak boleh ditukar lagi dan menjadi kemestian (legal tender) mengikut sempadan negara masing - masing ".

Ini hujjah pelajar kita yang belajar di Jordan untuk menghalalkan wang kertas.

1. Seluruh dunia mengiktiraf penggunaan wang kertas, mereka tidak lagi bermuamalat dengan emas dan perak ( uruf am ).
2. Sekiranya tidak mengiktiraf sebagai wang sebenar,maka banyak hukum Islam akan terbatal seperti tiada riba dan zakat.
3. Tiada nas yang mengatakan wang mestilah daripada emas dan perak, zaman rasullullah menggunakan emas dan perak kerana islam diturunkan ketika masyarakat bermuamalat dengan kedua-dua jenis matawang tersebut dan islam mengiktirafnya bukan mewajibkannya.

Ini adalah hujjah pragmatisme, bukannya urf (situasi semasa) yang harus diubah untuk ikut Islam tetapi Islam pulak yang harus diubah untuk mengikut urf (situasi semasa).

Maka lahirlah Fatwa ini oleh Syaikh Dr Yusof Al Qardawi :

" WANG KERTAS TELAH MENJADI WANG YANG DIGUNAKAN SELURUH DUNIA. BAGAIMANAKAH INGIN MEMBATALKAN HUKUM RIBA PADANYA SEDANGKAN SEMUA MANUSIA BERMUAMALAT DENGANNYA TIDAK LAGI DENGAN EMAS DAN PERAK ? SESIAPA YANG MEMILIKINYA DIANGGAP KAYA WALAUPUN TIDAK MEMPUNYAI SIMPANAN EMAS DAN PERAK. DENGAN WANG INI, LELAKI MENJADIKAN MAHAR, DIGUNA DALAM JUAL BELI, SEWA DAN MEMBAYAR DIAT. SEMUA MUAMALAT MELALUI WANG KERTAS SUDAH MENCAPAI TAHAP EMAS DAN PERAK "

Apa pula yang terjadi di Arab Saudi ?

Pada tahun 1924, Parlimen Turki melalui Kamal Artarturk telah mengistiharkan bahawa Khilafiah Othmaniah sudah berakhir dan mengistiharkan penubuhan Republik Turki. Undang - undang shariah pada masa yang sama digantikan dengan undang - undang sekular.

Empat hari selepas pengistiharan tersebut, Sharif Hussain yang menjadi penjaga haramain wilayah Othmaniah selama ini mengistiharkan dirinya sebagai Khalifah.

Pada 13 Oktober dan 5 Disember tahun yang sama Abdul Aziz bin Saud telah menawan Kota Mekah dan Madinah. Jeddah di awal tahun 1925. Pada tahun 1925 juga, di bulan Desember, Ibn Sa`ud menyatakan diri sebagai Raja Hijaz, dan pada awal Januari 1926 ia menjadi Raja Hijaz dan Sultan Najd dan daerah-daerah bawahannya. Untuk pertama kali , empat wilayah penting di Jazirah Arabia, yaitu Najd, Hijaz, `Asir, dan Hasa, kembali berada di tangan kekuasaan suku Saud. Pada tahun 1932, Ibn Saud telah berhasil menyatukan apa yang sekarang dikenal sebagai Kerajaan Saudi Arabia.

Sebuah bank asing ditubuhkan di Jiddah pada tahun1926, tetapi kepentingannya sangat kecil. Bank-bank asing dan tempatan telah terbentuk apabilai pendapatan minyak mula meningkat. Perniagaan mereka mengandungi kebanyakannya membuat memberi pinjaman jangka pendek, membiayai import, dagangan perdagangan, dan syarikat-syarikat yang memenuhi keperluan jemaah-jemaah haji.

Kerajaan Saudi ketika itu mengeluarkan riyal perak pada tahun 1927 bagi membuat piawaian keatas unit-unit kewangan. Pada tahun 1950, oleh kerana peningkatan mendadak dalam perbelanjaan kerajaan, perbelanjaan syarikat minyak asing, maka peraturan baru diwujudkan bagi mengawasi institusi perbankan swasta dan dasar-dasarnya. Dengan bantuan teknikal Amerika Syarikat pada tahun 1952 Arab Saudi Monetary Agency (SAMA) ditubuhkan.

Lahirlah wang kertas Saudi :



Wang kertas yang dikeluarkan pada tahun1952 ini bermodelkan US dollar. Lihat apa yang ditulis dibawah ... THE SAUDI ARABIAN MONETARY AGENCY HOLDS IN ITS VAULT TEN RIYAL AT THE DISPOSAL OF THE BEARER OF THIS FULLY NEGIOTABLE RECIEPT ....

Lahirlah Fatwa : "Berkenaan hukum wang kertas fiat : Ia adalah matawang pada hukumnya disebabkan padanya terdapat sifat nilai harga yang lengkap, dan oleh itu semua hukum hakam yang ada pada emas dan perak adalah jatuh kepada wang kertas fiat seperti hukum berkaitan riba, kewajiban zakat, jual beli secara salam, dan seluruh hukum emas dan perak. (qararat wa tawsiat, Majma Al-Fiqh Al-Islami, hlm 40)

Made in Saudi Arabia

Wallahu 'alam

Kesimpulan :

Oleh kerana majoriti pengikut Afghani,Abduh dan Reda menguasai jawatan - jawatan penting termasuk fakulti - fakulti pengajian Islam di Universiti - Universiti dan fakulti - fakulti muamalat maka suara mereka-lah yang didengari.

Lihat pada jawapan yang diberikan seorang Ustaz ,Pakar Muamalat ( tak perlu disebut namanya ) yang sangat masyhur di Malaysia yang anda semua sedia maklum ketika ditanya :

ADAKAH BENAR RIBA HANYA TERDAPAT DALAM SISTEM PERBANKAN KONVESIONAL SAHAJA? BAGAIMANA PULA DENGAN SISTEM PERBANKAN ISLAM? APAKAH IA JUGA TURUT TERPENGARUH DENGAN UNSUR-UNSUR RIBA?

Jawapannya: " Setakat yang diketahui dengan jelas, Riba sememangnya diamalkan secara berleluasa dalam perbankan konvensional, pinjaman along dan juga dalam semua institusi kewangan yang tidak mempunyai majlis penasihat Shariah.

Adapun Bank-bank Islam, setakat ini mereka telah mengubah semua kontrak atau aqad yang digunakan agar riba dapat dijauhi. Majlis penasihat Shariah di bank-bank ini berfungsi besar bagi memastikan tanda ‘halal' yang ada pada bank islam itu, benar atau tidak. Justeru, kesimpulan ringkas yang mampu saya buat adalah, tiada Riba di perbankan Islam.

Fakta terpenting yang perlu di fahami oleh orang ramai adalah, sistem perbankan Islam telah merubah perspektif hubungan antara pengguna atau penyimpan dengan bank. Hubungan di antara pelanggan dan Bank menurut Bank konvensional adalah atas kontrak pinjaman wang dengan bayaran faedah(interest) dikenakan atas jumlah pokok, ia mestilah di bayar oleh peminjam kepada Bank.

Manakala Bank-bank Islam telah menukar habis hubungan tidak sihat itu kepada kepada samada hubungan perkongsian (Musyarakah atau Mudarabah), atau penjual (Bank) dan pembeli (pelanggan). Unsur komitmen yang lahir atas hubungan ini pastinya akan merangsang dan memberi kesan prestasi yang memberangsang terhadap output perniagaan bank Islam dan ekonomi masyarakat.
"

Hujah in sama dengan hujah Abduh !


Maka tidak hairanlah FOREX dibolehkan. Zakat fitrah melalui internet dan sms ..... kita akan lihat mereka semakin tenggelam dalam penggunaan wang kertas dan menuju wang elektronik ...
akhirnya wang akan menjadi signal elektronik dari satu komputer ke satu komputer yang lain tanpa sandaran apa -apa. Bukankah lebih murah mencipta wang dari komputer dari mencetak wang kertas. Alasan mereka , urf , situasi semasa untuk kemudahan.

Bankers Yahudi Antarabangsa sedang merancang untuk menubuhkan Bank Pusat Dunia , setelah mereka berjaya menjadikan dollar sebagai rizab antarabangsa selama ini, negara - negara di dunia diikat dengan dollar Amerika , wang kertas mereka hanya laku di negara mereka sahaja tetapi apabila kamu keluar untuk berurusan di luar negara, hanya dollar sahaja yang laku. Setiap RM, rupiah, Baht dan lain - lain mata wang kertas yang digunakan dalam sistem perbankan akan menguatkan lagi lintah darat Bankers Yahudi Antarabangsa, lihat-lah Israel, satu - satunya negara di dunia yang tidak terjejas lansung dengan krisis ekonomi , kerana ekonomi dunia adalah milik mereka. IMF tidak membenarkan mana - mana bank pusat negara menjadikan emas sebagai matawang. Mesti ada agenda tersembunyi disebaliknya.

JANGAN BIAR DIRI ANDA DIPERANGKAP SEDEMIKIAN RUPA.

Dinar pertama yang dicetak semula pada tahun 1992 oleh masyarakat Islam di Granada, Sepanyol, merupakan satu usaha untuk keluar dari kemelut perhambaan riba Bankers Yahudi Antarabangsa. Kita mahu menghidupkan semula muamalat Islam yang sebenar dengan dinar, dirham, wakala, ekonomi sebenar berdasar perniagaan sebenar (bukannya saham, bon atau sebagainya), peruncitan, produksi, pertanian dan menghidupkan semula amalan waqaf dikalangan ahli perniagaan supaya hospital - hospital , keperluan kesihatan , bandaran dibiayai oleh harta waqaf bagi menggantikan sistem insuran atau takaful yang menakut - nakutkan orang - orang muslim dengan penyakit dihari tua. Selama ini beratus - beratus tahun kebajikan dan kesihatan rakyat daulah Islamiyah dijaga oleh harta waqaf. Apabila waqaf hilang maka timbul - lah insuran dan di Islamkan pula oleh puak Afghani , Abduh dan Rashid Reda dengan takaful. Begitulah juga bon yang digunakan bank pusat untuk mencetak wang kertas tanpa sandaran, di Islamkan dengan istilah sukuk maka lahirlah sukuk Bon Merdeka dan sukuk bon Petronas dengan mata wang dollar. Semua ini berlaku secara tidak disedari disekeliling kita.

Pertemuan Syaikh Abdul Qadir As Sufi dengan Tuan Guru Nik Aziz di Jerman dan lawatan ke bumi Andalus, Granada , Sepanyol oleh Tuan Guru membuka mata Tuan Guru akan keperluan menghidupkan semula dinar dan dirham dalam muamalat. Syaikh Abdul Qadir telah menghantar anak muridnya yang paling kanan Sidi Umar Vadillo untuk membantu kerajaan Kelantan sekarang ini. Dia telah berpindah ke Kelantan dan berdakwah masuk keluar di seluruh Universiti - universiti di Malaysia ini bagi menyakinkan terutamanya pensyarah pensyarah akan keperluan mengidupkan semula dinar dan dirham. Inilah harapan kita umat Islam keatas satu - satunya pemimpin kerajaan Kelantan diatas dunia ini yang mahu kembali kepada dinar, dengan dunia Arab sunyi sepi tidak kenal matawang shariah lagi, mereka semakin tenggelam dengan wang kertas. Untuk itu bantulah menghidupkan institusi wakala agar kita tidak perlu bergantung kepada Bank lagi.

0 comments:

VROOMMM

Free

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP