Dirham dan dinar dalam muamalat Islam
>> Sunday, July 5, 2009
Islam mempunyai model ekonomi yang tersendiri. Model Islam bukannya kapitalis atau sosialis. Ia datang dari Al Quran dan Sunnah, sejarahnya selama 1400 tahun, dari permulaan Islam sehinggalah jatuhnya khilafah pada abad ke 20. Model Islam mempertahankan dan mengakui hak harta secara individu dan hak Allah ( waqaf ) dan mesti mengikut aqad – aqad yang dipersetujui oleh Islam.
Mu’amalat Islam menggunakan barangan fizikal (a’in) sebagai wang. Dinar emas dan dirham perak telah diketahui sebagai matawang shari’ah. Kedua barangan ini ( emas dan perak ) mempunyai status istimewa kerana disebut dalam Al Quran dan menjadi kayu ukur dalam pekara asas dalam Islam seperti zakat dan pekara berkaitan dengan hudud.
Dinar dan dirham adalah asas untuk mengekalkan kestabilan matawang. Matawang ini turun-naik tetapi ia tidak menyebabkan inflasi. Dinar dan dirham tidak menghadapi inflasi kerana ia tidak boleh diganti dengan wang hutang ( credit money ) kerana wang berdasarkan hutang tidak boleh digunakan sebagai matawang mengikut shariat Islam.
Didalam sebuah seminar Ekonomi Dinar Emas 2007 baru – baru ini Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat menyatakan bahawa " Sememangnya budaya ekonomi Islam adalah berteraskan dinar dan dirham. Dalam al-Quranul karim, perkataan dinar dan dirham ada termaktub dalam Surah Ali Imran ayat 75 dan juga dalam surah Yusof ayat 20. "
وَمِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ مَنْ إِنْ تَأْمَنْهُ بِقِنْطَارٍ يُؤَدِّهِ إِلَيْكَ وَمِنْهُمْ مَنْ إِنْ تَأْمَنْهُ بِدِينَارٍ
لَا يُؤَدِّهِ إِلَيْكَ إِلَّا مَا دُمْتَ عَلَيْهِ قَائِمًا
Maksudnya:
Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya…..
(Surah Ali Imran : 75)
وَشَرَوْهُ بِثَمَنٍ بَخْسٍ دَرَاهِمَ مَعْدُودَةٍ وَكَانُوا فِيهِ مِنَ الزَّاهِدِينَ
Maksudnya:
Dan (setelah berlaku perundingan), dan adik beradik Nabi Yusuf telah menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja...
(Surah Yusof : 20)
Kedua-dua ayat al-Quran ini menceritakan, bahawa penggunaan wang dinar dan dirham, telah pun berlangsung sejak ribuan tahun, sebelum kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w lagi.
Selain daripada ayat al-Quran, terdapat banyak hadis-hadis yang menceritakan, tentang penggunaan dinar dan dirham sebagai matawang, sehingga ke zaman Rasulullah s.a.w, sebagaimana sabda baginda : maksudnya:
"Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba. Dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin. dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu. Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu.
Dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis di atas membuktikan bahawa, asas sistem matawang yang digunakan di sepanjang sejarah ketamadunan manusia, sejak zaman nabi-nabi yang terdahulu, sehinggalah ke zaman Nabi Muhammad s.a.w, adalah dalam bentuk mata wang dinar dan dirham.
Bahkan sistem inilah, yang telah diamalkan di sepanjang pemerintahan Khulafa' ar-Rasyidin, sehingga berakhirnya zaman pemerintahan kerajaan atau Khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924 Masihi.
Sejarah juga telah membuktikan bahawa negeri Kelantan berada di bawah jajahan takluk Kerajaan Siam suatu ketika dahulu, pihak Kerajaan Kelantan sentiasa membayar ufti kepada kerajaan Siam pada setiap tahun, dengan menghantarkan sebilangan kepingan-kepingan wang emas, yang digubah dalam bentuk bunga emas.
Ini membuktikan bahawa, penggunaan wang dinar emas bukan hanya digunakan umat Islam di Timur Tengah sahaja, tetapi telah digunakan secara meluas sehingga ke Asia Tenggara, termasuk Negeri Kelantan sejak ratusan tahun yang lalu.
Saranan supaya kembali kepada penggunaan wang dinar emas, sebagai teras ekonomi pada zaman globalisasi ini, bukanlah dimonopoli oleh penganut agama Islam sahaja.
Bahkan ramai juga ahli-ahali ekonomi dari kalangan bukan Islam, yang inginkan wang komoditi, khasnya dalam bentuk kepingan emas dan perak kerana kestabilan dan jaminan kebebasan yang dikandungnya.
Mereka berpendapat, alasan utama mengapa sistem wang komoditi seperti dinar emas, tidak dibenarkan oleh pihak-pihak tertentu, bukanlah disebabkan kekurangan kemahiran teknikal tetapi kerana wang komoditi mampu menggantikan sistem monetari konvensional.
Oleh kerana penggantian tersebut boleh menjadi ancaman besar, khasnya kepada kepentingan ekonomi Amerika dan Yahudi sedunia menyebabkan pihak-pihak yang berkepentingan itu gemar membuat alasan bahawa kononnya jika emas dan dinar dijadikan sebagai matawang ia akan mudah tercicir, atau poket akan cepat tembus, kerana berat membawa wang dari emas.
Emas telah menjadi piawai bagi mata wang dunia, selama beribu-ribu tahun, sehinggalah ia diganti kepada wang kertas dollar hanya pada awal tahun 1970-an. Wang dollar tidak lagi disandarkan kepada emas, tetapi nilainya turun naik mengikut gelora permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing.
Justeru, kita perlu melihat usaha pengembalian dinar dan dirham ini, sebagai usaha menegakkan sistem ekonomi yang lebih adil dan lebih telus.
Bukannya satu agenda untuk meraih populariti. Bahkan sebagai satu tanggungjawab untuk mengembalikan semula kefahaman umat Islam khasnya, berhubung peradaban dan sejarah penggunaan dinar dan dirham, serta bertujuan untuk memberi kesedaran dan keyakinan, terhadap penggunaan dinar dan dirham sebagai alternatif kepada sistem matawang, terutamanya dengan mempelopori penggunaan dinar sebagai simpanan, mas kahwin, membayar zakat, pemberian hadiah, dan sedekah untuk bekal akhirat sebagai harta cagaran di pusat-pusat gadaian ar-Rahnu, sebagai upah kepada perkhidmatan atau sumbangan yang tertentu dan sebagainya.
Sementara itu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed ketika membentangkan kertas kerja bertajuk " Dinar – Jalan kehadapan" dalam Persidangan Ekonomi Dinar Emas Antarabangsa 2007 berkata "Dengan menggunakan Dinar Emas, sebahagian daripada kuasa Sistem Perbankan Barat dan Dollar As akan terhapus. Dan hasil daripada itu, pengaruh negara-negara ini juga akan terhapus.
Selagi Sistem Kewangan Antarabangsa dan amalan perbankan sekarang dikekalkan, selagi itulah dunia akan terus didominasi oleh jurubank yang berkuasa. Mereka beroperasi melalui proksi, yakni menerusi kerajaan negara-negara Barat yang mereka biayai untuk menjadikan mereka berkuasa dari sudut ketenteraan.
"Sebaliknya jika kita enggan menggunakan Dinar Emas dalam perdagangan, negara Islam yang kaya sebenarnya akan memiskinkan dan melemahkan dirinya dan akan terus terdedah kepada tekanan kuasa Barat yang jelas membiayai pembunuhan umat Islam di Palestin, Iraq dan Afghanistan," katanya lagi.

Asal usul matawang kertas
Asalnya wang kertas hanyalah resit simpanan syiling emas.

Syiling emas 10 dollar : 1834
Proses pertama: Sijil dikeluarkan sebagai bukti kamu menyimpan syiling emas.

Teks diatas
This certifies that there have been deposited in the Treasury of the
United States of America
Teks di bagian bawah
Twenty Dollars in Gold Coin
Payable to the bearer on demand
Proses kedua : Tiada lagi tertulis simpanan syiling emas pada kertas.

Proses ketiga : Mereka ( Federal Reserve ) menyimpan semua emas.

Proses keempat : Kita hanya mendapat kertas !


Kenapa Sistem Kapitalis menghadapi krisis , bank - bank di AS dan Eropah banyak yang jatuh bangkrap ? Mari kita buat kajian .
Asas sistem kewangan barat ada 3 :
1. Wang fiat ( wang tanpa sandaran apa - apa ).
Termasuk : Wang Kertas ( Government Printed Money ), wang akaun, cek, bon dan sebagainya.
2. Rizab Berkanun ( Fractional Reserve Banking )
Menyimpan sebahagian deposit dan meminjam sebahagian yang lain.
3. Interest/bunga.
Mari kita lihat satu persatu.
Wang Fiat :
Wang kertas digelar fiat kerana ia bukan berbentuk komoditi tetapi dikeluarkan oleh pihak tertentu dan dijamin nilainya oleh pihak yang mengeluarkannya. Pengertian sebenar disebalik wang kertas ialah sekadar ‘sekeping kertas’ yang diterima pakai untuk semua urusan jual beli. Asas penerimaan kertas ini hanya atas dasar kepercayaan terhadapnya.Kepercayaan semata-mata! Itu sahaja! Sekiranya di suatu masa kelak, semua orang hilang kepercayaan terhadap ‘kertas ini’ lalu ia tidak lagi berguna, sekalipun jumlahnya berguni.


Pembendaharaan AS akan mengeluarkan US Treasuries Bond. Bon - bon ini akan dijual kepada orangramai atau kerajaan asing. Jika jumlah dana yang diperlukan untuk budget masih tidak mencukupi, Federal Reserve akan membeli bon - bon tersebut. Orang ramai dan kerajaan asing menggunakan dollar - dollar yang sedia ada untuk membeli bon - bon tersebut tetapi Federal Reserve hanya perlu mencetak wang baru atas angin untuk membeli bon - bon tersebut. Maka dari jalur inilah wang baru dicetak ( Government Printed Money ).
Contoh bon :


| International Bon Holder | Total |
| | $767.9 Billion |
| | $686.7 Billion |
| | $213.6 Billion |
| OPEC | $192.0 Billion |
| | $138.4 Billion |
| | $128.2 Billion |
Penciptaan wang melalui Bank ?
Sistem fractional reserves banking adalah sistem yang membenarkan pihak bank menyimpan sebahagian dan meminjamkan bakinya atas alasan menggalakkan perkembangan ekonomi, manakala Fractional Reserves Requirement adalah jumlah minima despoit (wang simpanan) yang WAJIB DISIMPAN.
Sebagai contoh mudah untuk menambah kefahaman ianya begini;
Katalah kita di sebuah negara yang meletakkan 20% sebagai fractional reserves requirement, lalu halnya seperti di bawah:
John menyimpan wang tunainya sebanyak seribu ringgit (USD1000) kepada Bank A. Bank A menerimanya dan WAJIB tidak menggunakan 20% dari jumlah itu iaitu USD200.
Manakala bakinya sebanyak USD 800 boleh dipinjamkan. Katalah Encik Umar telah membeli perabot secara hutang dari Encik Ali dan ingin meminjam wang dari bank bagi menyelesaikan hutangnya. Bank memberikan pinjaman USD 800 dengan kadar interest sebanyak X dalam tempoh 10 tahun. Dengan cara ini, bank berhasrat menambah asetnya.
Apabila Encik Umar menerima wang itu, ia terus menggunakannya bagi membayar perabot yang dibelinya dari Encik Ali. Encik Ali selepas itu menyimpan hasil jualan perabot tadi di dalam akaunnya di Bank B.
Jumlah USD 800 dimasukkan ke bank komersial B. Tatkala itu bank B mestilah menyimpan 20% darinya iaitu USD 160. Bakinya sebanyak USD 640 akan dipinjamkannya kepada pelanggan lain dengan interest juga.
Begitulah pusingan wang di semua bank-bank dan peminjam. Katalah ia berterusan sehingga Bank K.
Kesimpulannya, setiap kali terdapat orang yang menyimpan duit di bank, setiap kali itulah bank mempunyai kuasa untuk mencipta wang melalui pinjaman dengan interest. Setiap kali wang dicipta melalui interest, jumlah wang di dalam pasaran bertambah dan ia akan membawa kesan inflasi.
Proses pertambahan dan pergandaan wang asal yang disimpan ini boleh berganda mengikut teorinya sebanyak 500%. Ia dinamakan proses money multiplier.
Untuk lebih mudah faham, sila lihat rajah di bawah.

| Jumlah Keseluruhan Simpanan | Keseluruhan yang dipinjamkan | Total Reserves + Last Amount Deposited: |
| 4570.05 | 3570.05 | 1000 |

Rajah : Graf money multiplier
Inilah juga yang sedang berlaku di bank-bank komersial di seluruh dunia .

Wang dalam bentuk elektronik , cek , deposit atau sebagainya adalah jauh lebih besar jumlahnya berbanding wang tunai sebenar yang beredar.
Bank mewujudkan wang melalui rizab berkanun dan meminjamkannya kepada pelanggan dengan interest. Pelanggan membeli tanah, rumah ,mesin dll. Aset berpindah tangan tetapi jumlah wang yang ada dalam ekonomi bertambah. Perpindahan harta berlaku melalui inflasi.
Implikasinya :
Barangan semakin naik.
Kawalan harga keatas barangan tertentu.
Harga bagi aset – aset semakin naik kerana menyerap jumlah wang yang bertambah.
Sistem ini boleh membawa kemakmuran dan membawa kemusnahan. Fenomena ini dipanggil boom and burst. Gelembung pembangunan berterusan dan kemusnahan dengan kemelesatan ekonomi.
40 bank di Amerika Syarikat telah ditutup sejak krisis bermula !



Recession reports - 40 banks collapse in less than 6 months in US
Tuesday, 23 Jun 2009
PTI reported that three more American banks have collapsed pushing the total number of such failures in 2009 to 40 as US economy continues to reel under recession.
Reflecting the mounting woes of the nation's financial system, the total count of bank collapses in just less than 6 months has touched 40 whereas for the whole of 2008, the number stands at 25.
The latest ones to go belly up are Southern Community Bank, Cooperative Bank and First National Bank of Anthony. According to the Federal Deposit Insurance Corporation, all the three were shuttered on June 19th 2009.
Recently, the FDIC said the number of problem bank" in the country have increased to 15 year high of 305 in the first quarter of 2009. The count stood at just 252 in the December quarter, indicating that the economic situation has worsened in the ensuing months.
Going by data available with the FDIC, the Southern Community Bank had assets worth USD 377 million and deposits of USD 307 million as on May 29th 2009. Cooperative Bank had assets to the tune of USD 970 million and deposits worth USD 774 million as on May 31st 2009.
The FDIC said that as on March 31st 2009, the assets of First National Bank of Anthony's stood at USD 156.9 million, while its deposits were around USD 142.5 million.
Since January 2008, a whopping 65 banks have been shut down. The US economy officially entered into recession in December 2007 and shrank over 5% in the first quarter of this year. This year, the maximum number of failures was in February, when ten banks collapsed. A total of 8 and 7 banks were shuttered in April and May, respectively. So far in June, 4 entities have gone belly up. 4 banks each were shut down on February 13th 2009 and April 24th 2009, while three banks each collapsed on January 30th 2009, February 6th 2009 and March 20th 2009.
(Sourced from PTI)


0 comments:
Post a Comment